fbpx
Now Reading
Ibu Hantar 306 Mesej, Telefon 111 Kali & ‘Stalking’ Anak Perempuan Dipenjara 6 Bulan

Ibu Hantar 306 Mesej, Telefon 111 Kali & ‘Stalking’ Anak Perempuan Dipenjara 6 Bulan

Walaupun wanita terbabit cuba membela diri dengan mendakwa tindakannya itu bukanlah disengajakan atau dirancang terlebih dahulu, mahkamah tetap menolak pembelaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menghendap (stalking) anak perempuannya, seorang ibu di Korea Selatan didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan selain perlu menjalani pemantauan selama dua tahun.

Menurut Independent UK, kesalahan tersebut dilakukan oleh wanita berusia 50-an itu pada sekitar Disember 2021 dan Mei 2022.

Hantar mesej 306 kali dan telefon 111 kali kepada anak

Menurut mahkamah daerah Daejon, wanita terbabit dikatakan menghantar mesej sebanyak 306 kali dan menelefon sebanyak 111 kali kepada anak perempuannya itu.

Pada mulanya, mesej-mesej itu mengandungi permintaan biasa seperti mencadangkan anaknya membaca kitab injil dan menanya tentang kediaman, lapor The Korean Herald.

Mesej bertukar menjadi hinaan selepas tidak dibalas

Bagaimanapun, apabila gadis terbabit enggan membalasnya, mesej tersebut kemudian berubah menjadi penghinaan secara lisan termasuk kata-kata hinaan mengenai perilaku seksual anak perempuannya itu.

Namun, tidak dijelaskan mengapa anak perempuannya itu enggan membalas mesej-mesej daripada ibunya.

Hendap anak, buat lapan lawatan ke rumah anak tanpa kebenaran

Dalam pada itu, wanita terbabit juga didakwa menghendap apabila dia dilaporkan membuat lapan lawatan tanpa kebenaran ke kediaman anak perempuannya sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi dokumen mahkamah yang dikemukakan, wanita itu juga dikatakan beberapa kali secara sembunyi-sembunyi menceroboh masuk ke dalam rumah anaknya itu.

Pihak polis tempatan sudah mengeluarkan perintah injunksi kepada wanita itu pada bulan Jun lepas, namun dia tetap menceroboh rumah anaknya sebanyak enam kali.

Walaupun wanita terbabit cuba membela diri dengan mendakwa tindakannya itu bukanlah disengajakan atau dirancang terlebih dahulu, mahkamah tetap menolak pembelaannya.

Undang-undang Korea Selatan atas kesalahan ‘stalking’

Untuk info, undang-undang Korea Selatan menentapkan individu yang disabitkan bersalah atas kesalahan ‘stalking’ boleh dikenakan denda sehingga 30 juta won (RM106,011) atau penjara maksimum selama tiga tahun.

Selain itu, jika didapati bahawa pihak yang melakukan pengintipan memegang senjata, hukuman akan meningkat menjadi kepada denda 50 juta won (RM176,685) dan hukuman penjara selama lima tahun.

Selain Korea Selatan, Malaysia turut mengamalkan undang-undang yang sama iaitu hukuman penjara maksimum selama tiga tahun.

RUU berkaitan kesalahan ini mula dibentangkan pada 4 Ogos 2022.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.