fbpx

Bunuh Pencari Besi 9 Tahun Lalu, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Gantung

Pada 27 Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli setelah didapati bersalah membunuh pencari besi, Zulkefle Abdullah, 37, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (17 April), seorang peniaga warung terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menggantikannya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang lelaki pada sembilan tahun lalu.

Keputusan sebulat suara untuk mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli, 59, dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 35 tahun dari tarikh tangkap (7 Disember 2015),” katanya dipetik Harian Metro.

Selain Tengku Maimun, turut bersidang bersama-sama ialah Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Mahkamah Tinggi jatuhkan hukuman gantung pada 2018 kerana didapati bersalah

Pada 27 Mei 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli setelah didapati bersalah membunuh pencari besi yang merompak, Zulkefle Abdullah, 37, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Mohamad Zulkifli didakwa membunuh Zulkefle di kawasan rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada 10.30 pagi 7 Disember 2015.

Tertuduh kemudiannya merayu terhadap keputusan itu, namun Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober 2021 tetap mengekalkan sabitan serta hukuman sama.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Mohamad Zulkifli, Mazlan Md Zain berkata, fakta kes menunjukkan bahawa pemohon (Mohamad Zulkifli) adalah mangsa kerana kejadian berdekatan rumahnya.

Mangsa sudah larikan diri namun dikejar tertuduh, siap halang orang awam tolong

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol memohon mahkamah mengekalkan hukuman kerana mangsa sudah lari tetapi dikejar oleh tertuduh serta kejadian adalah pada waktu siang.

Menurutnya, mangsa juga meminta pertolongan namun dihalang oleh tertuduh yang tidak membenarkan orang awam membantu sebelum mangsa meninggal dunia disebabkan pendarahan yang banyak.

Terdahulu, kes terbabit mendapat perhatian ramai kerana tular di media sosial dakwaan kononnya Mohamad Zulkifli melakukan perbuatan itu kerana ingin mempertahankan diri daripada mangsa yang cuba merompak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.