fbpx
Now Reading
Pendakwah Dikenali Sebagai ‘Ustaz Budak’ Cium Pipi & Cabul Lelaki Kekal Dipenjara 13 Bulan

Pendakwah Dikenali Sebagai ‘Ustaz Budak’ Cium Pipi & Cabul Lelaki Kekal Dipenjara 13 Bulan

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan hukuman tersebut selepas tertuduh, Syamsul Zaman Sukri tidak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (21 November), seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Budak dijatuhi hukuman kekal dipenjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan mencium dan mencabul seorang usahawan lelaki pada tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas memutuskan hukuman tersebut selepas tertuduh, Syamsul Zaman Sukri sebelum ini dijatuhi hukuman sama semasa di Mahkamah Majistret Kota Bahru pada 9 Mac lalu.

Pihak mahkamah tolak 7 perkara yang dibangkitkan tertuduh selaku perayu

Beliau semasa penghakimannya berkata, pihak mahkamah memutuskan demikian selepas menolak tujuh perkara yang dibangkitkan oleh Syamzul Zaman, 35, selaku perayu.

Menurutnya, perayu mendakwa keterangan yang diberikan oleh mangsa tidak boleh dipercayai.

Tertuduh tiada bukti kukuh untuk timbulkan keraguan dalam kes

Bagaimanapun, Mohamad Abazafree berkata dia tidak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes terbabit.

“Perayu juga gagal menimbulkan men srea (niat jahat) dalam kes ini, tetapi alasan penghakiman Mahkamah Majistret termasuk nota keterangan menunjukkan bahawa ada tindakan dan niat perayu terhadap mangsa.

“Justeru, Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai,” katanya dipetik Kosmo.

Susulan itu, beliau berkata Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara terhadap tertuduh yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini.

Mahkamah perintahkan tertuduh untuk bela diri pada 6 Disember lalu

Terdahulu, media melaporkan Syamzul Zaman diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret Kota Bahru pada 6 Disember 2022 selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan terbabit.

Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani memutuskan perkara itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah hotel kira-kira pukul 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.