fbpx

Lelaki Ditemui Maut, Terjatuh Dalam Mesin Pembancuh Simen

Mangsa telah dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang lelaki telah ditemukan terjatuh ke dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang membuat batu blok di Seksyen 35, Shah Alam semalam (17 April).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata orang awam telah memaklumkan penemuan satu mayat terapung di dalam bancuhan simen sekitar jam 11.44 pagi.

Mangsa berusia 50an itu berjaya dikeluarkan sekitar jam 4 petang, iaitu kira-kira hampir lima jam setelah ditemukan.

Besar Pembancuh Simen Hampir 1 Meter Persegi

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.55 tengah hari dan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas digegaskan ke lokasi.

Katanya lagi, seorang pekerja kilang telah terjatuh ke dalam Ground Tank, lapor MalaysiaGazette.

“Mesin pembancuh simen tersebut berkeluasan hampir 1 meter persegi dengan mayat berjaya dikeluarkan pukul 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat Terputus Akibat Terkena Bilah Pembancuh

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam mesin bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh.

“Pemeriksaan oleh Forensik Selangor ke atas badan simati mendapati tangan sebelah kanan dari paras siku dan kepala terputus.”

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

Kenyataan sama juga memaklumkan tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan ditemui pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematian, lapor Kosmo.

Waris Cam Tatu Pada Mangsa

Tambah Mohd Iqbal, waris mengenal pasti identiti mangsa menerusi pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.

Dia juga meminta individu yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512, atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.