
Casing Sudah Berada Di Pasaran, ‘Iphone 9’ Mungkin Di Lancar Bulan April?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ura-ura iphone 9 ataupun Iphone SE2 yang akan dikeluarkan pada tahun ini nampaknya akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Perkara ini dilaporkan MacRumors ekoran dari kehadiran casing iphone baru tersebut yang sudah mula diedarkan kepada syarikat penjual barangan IT dan telekomunikasi di Amerika Syarikat.
Menurut sumber, pengeluar aksesori ternama, Urban Armor Gear sudah mula mengedarkan casing untuk iphone bersaiz 4.7″ 2020″ bagi pasaran di Amerika Syarikat.

Tambahnya casing berkenaan akan mula dijual buat pasaran di sana bermula 5 April.
Ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa iphone model baharu tersebut akan mula dilancarkan seawal-awalnya pada minggu hadapan, namun ada rumors yang mengatakan iphonar baru ini akan dilancarkan pada 15 April menurut GSMArena
Hasil dari pengamatan terhadap gambar yang dihantar oleh sumber , iphone baru ini akan hadir dengan kerangka sama seperti iphone 8 dengan skrin sebesar 4.7 inci namun dilengkapi dengan cip terbaru yang digunakan iphone 11 iaitu cip Apple A13 .