Adakah Ini Design Iphone 9 Yang Bakal Dijual Dengan Harga Kurang Dari RM2000 ? [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rasanya bukan lagi rahsia untuk Apple keluar dengan telefon mampu milik pada tahun ini malah pihak kami juga pernah melaporkan ura-ura berkenaan yang Iphone bakal keluar dengan satu model mampu milik seawal Mac tahun 2020 iaitu Model Appe Iphone 9, yang pada asalnya digelar Iphone SE2 .
Baca artikel berkaitan : Iphone 9 Harga Kurang Dari RM2000
Model yang pastinya dinanti-nanti ramai kerana harganya yang ‘masuk akal’ kerana dikatakan bakal menggunakan processor sama dengan Iphone 11 Pro iaitu processor Apple A13 Bionic, rekaan iphone 9 bagaimanapun tidak pernah di ‘reveal’ kan oleh mana-mana pihak.
Terbaru, Onleaks telah berkongsi foto rekaan iphone 9 untuk tatapan umum
Bakal menggunakan frame dari Iphone 8; bermakna jenis peranti bersaiz kecil iaitu skrin bersaiz 4.7 inci. Iphone 9 akan dilengkapi dengna fungsi TouchID. Selain itu bahagian belakang peranti ini juga dikatakan akan menggunakan frosted glass sama seperti Iphone 11 Pro.
DI bawah kami kongsikan gambar rekaan yang dikatakan rekaan iphone 9 oleh Steve Hemmerstoffer ini :