Disney Bakal Tamatkan Majoriti Saluran TV Mereka Di Asia Tenggara

Jika anda ingat sekitar Disember tahun lalu, syarikat penyiaran Digital, Astro ada mengumumkan akan menghentikan penyiaran saluran Disney mereka pada awal tahun ini.

Seperti yang yang diumumkan tepat pada 1 Januari, kesemua saluran Disney iaitu Disney XD, Disney Junior dan Disney Channel itu tidak lagi dapat diakses dan digantikan dengan beberapa saluran lain.

Meskipun tiada sebarang info lanjut dari Disney, ramai yang mengaitkan penutupan tersebut sebagai tanda yang saluran Disney+ bakal dilancarkan di negara kita.

Foto : Lowyat.net

Terbaru, Channel News Asia melaporkan Disney bakal menutup 18 saluran TV mereka di Asia Tenggara dan Hongkong.

Saluran yang dimaksudkan adalah :

Saluran Disney : Disney Channel, Disney Junior

Saluran Fox : Fox, Fox Crime, Fox Life, FX, Fox Movies, Fox Action Movies, Fox Family Movies, Fox Sports, Fox Sports 2, Fox Sports 3

Saluran Star : Star Movies China, SCM Legend, Star Sports 1, Star Sports 2

Nat Geo : Nat Geo People

Lain- lain : Channel V

Difahamkan kesemua saluran ini bakal ditamatkan bermula 1 Oktober 2021. Disney bagaimanapun akan mengekalkan 4 lagi saluran TV mereka iaitu  National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Star Chinese Channel, and Star Chinese Movies.

Kenapa ia dianggap penting: Menurut Variety keputusan ini dilakukan oleh Disney bagi mengukuhkan pasaran mereka di Asia Tenggara & Hongkong selain satu usaha mereka untuk mempromosikan penyiaran streaming mereka iaitu Disney+.

Apa kata mereka : “Sebagai usaha global The Walt Disney Company untuk beralih ke model D2Cfirst sekaligus mengembangkan perkhidmatan streaming, syarikat akan menggabungkan Jaringan Media di Asia Tenggara dan Hong Kong. ” kata Disney dalam satu kenyataan dipetik dari Variety.

Kesannya ? : Meskipun ia hanya akan bermula pada 1 Oktober ini. Keputusan ini pasti akan memberikan impak kepada syarikat penyiaran digital di Malaysia iaitu Astro dan juga Unifi TV.

Ini kerana kesemua senarai di atas kecuali Disney Channel dan Disney Junior masih lagi disiarkan di kedua-dua syarikat tersebut khususnya saluran yang bernaung di bawah jenama Fox.

Foto header : CoolCaesar| Wikimedia

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

2 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago