fbpx
Now Reading
Buat Yang Belum Mahir, Lelaki Ini Ajar Fungsi Pro Mode Di Kamera Telefon

Buat Yang Belum Mahir, Lelaki Ini Ajar Fungsi Pro Mode Di Kamera Telefon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman yang serba moden ini, telefon bimbit pun ada juga fungsi kamera yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan sebuah DSLR. Kualiti kamera yang hebat dan canggih boleh jadi sebab penggunanya tak kisah untuk mengeluarkan wang hanya untuk mendapatkan gambar atau video yang terbaik.

Namun demikian, teknik mengambil gambar adalah paling penting untuk memastikan ia kelihatan menarik dan boleh menambat hati orang yang melihat.

Menerusi sebuah video di TikTok @iwanpauzi_, dia telah berkongsi beberapa fungsi yang terdapat di mode Pro kamera telefon pintar.

@iwanpauzi_

Reply to @itsme.abell ##promode ##mobilegraphy ##photography ##learnontiktok ##fypシ ##foryoupage ##fyp

♬ Wake up in the Morning – Tegami

Untuk yang masih tidak tahu bagaimana mode Pro ini berfungsi, berikut merupakan ‘features’ yang boleh anda cuba sendiri untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik.

#1 F adalah untuk fokus, selaraskan bar untuk dapatkan fokus yang terbaik.

#2 Shutter Speed untuk kawal pergerakan subjek. Kalau tinggi S, subjek tak akan blur. Ni guna untuk tangkap subjek yang bergerak laju.

#3 Kalau shutter speed rendah, subjek akan kabur. Ni guna untuk light trail/light painting.

#4 ISO, untuk cerahkan atau gelapkan gambar.

#5 White Balance, untuk kawal mood surrounding. Sama ada nak buat cool mood atau warm mood.

Memang mudah je sebenarnya. Kalau selalu ‘practice’ memang lepas ni terus pro lah ambil gambar. Takda lah rasa tak confident nak post dekat social media dah kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.