Boost Beri Subsidi 50% Bagi Barangan Runcit Agar Rakyat Mampu Beli Ayam & Telur

Jika sebelum ini, dengan wang RM50 atau RM100, macam-macam boleh dibeli. Tapi dengan situasi kos sara hidup di Malaysia pada ketika ini, rakyat disarankan untuk lebih berjimat cermat ketika membeli. Dapatkan barangan yang diperlukan, bukan yang diinginkan.

Bagi membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat, aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital iaitu Boost, terus mengukuhkan sokongannya kepada rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50% bagi pembelian barangan runcit, termasuk telur dan ayam, sepanjang bulan Julai* (https://myboost.app.link/AZpKDPYxurb).

Subsidi ini adalah sebahagian daripada bantuan #BoostUntukRakyat yang bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian masyarakat tempatan. Boost juga menggalakkan rakyat untuk mencadangkan sokongan yang diperlukan di media sosial rasmi Boost.

Sebagai syarikat teknologi kewangan tempatan, kami sedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini. Bantuan #BoostUntukRakyat adalah inisiatif berterusan, dan kami ingin mendengar pandangan rakyat mengenai sokongan-sokongan lain dari Boost yang diperlukan bagi meringankan beban kewangan masyarakat. Kami menggalakkan rakyat untuk berkongsi cadangan dan kami akan berusaha untuk terus menambah baik sokongan kami.

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost.
Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost.

Manakala, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif, Boost Life, berkata, “Ramai rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan menampung kos sara hidup dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh kenaikan harga barangan keperluan.

“Kami berharap subsidi 50% baharu kami untuk pembelian barangan runcit akan membolehkan rakyat untuk lebih berjimat apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan di pasaraya rakan niaga kami di seluruh Malaysia, di Timur dan Barat.”

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif, Boost Life.

Tebus RM10 Partner Wallet Kredit #BoostUntukRakyat

Sepanjang Julai, rakyat Malaysia boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit #BoostUntukRakyat bagi pembelian barang runcit di dalam BoostUP Rewards Catalogue dengan menggunakan hanya 4,000 Boost Stars – diskaun 50% daripada 8,000 Boost Stars asal*.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut menggunakan kombinasi RM4.75 dan 200 Boost Star menerusi fungsi FlexiRedeem, untuk penjimatan RM5 atau diskaun 50%*. FlexiRedeem memberi pengguna Boost fleksibiliti unik untuk menebus ganjaran menggunakan Boost Star dan tunai.

Untuk menebus RM10 Partner Wallet kredit, pengguna boleh mengunjungi bahagian FlexiRedeem di BoostUP Rewards Catalogue dalam aplikasi Boost.

Selepas membuat pilihan, klik butang ‘Redeem Reward’ (Tebus Ganjaran) untuk menyesuaikan kombinasi pilihan antara tunai dan Boost Star yang diperlukan, kemudian klik ‘Redeem Now’ (Tebus Sekarang) di halaman ‘My Rewards’ (Ganjaran Saya) dan masukkan kod penebusan untuk menyempurnakan proses.

Selepas penebusan disempurnakan, RM10 Partner Wallet kredit adalah sah selama 30 hari dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan. Kredit yang ditebus boleh disemak di halaman ‘My Partner Wallets’ (Partner Wallet Saya).

Partner Wallet kredit akan digunakan secara automatik apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan harian daripada pasaraya rakan niaga, termasuk Lotus’s, Giant, Mydin, AEON BiG, Village Grocer, dan sebagainya di Semenanjung Malaysia, dan juga Bataras, Boulevard Sabah, Borneo Supermart, dan lain-lain di Malaysia Timur.

Tambahan lagi, menerusi Boost Missions, pengguna boleh mempercepatkan koleksi Boost Stars bagi menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut. Sepanjang bulan Julai, setiap pengguna boleh mengumpulkan sehingga 2,000 Boost Stars bonus dengan melaksanakan misi Pembayaran Bil dan Top Up (Tambah Nilai) di aplikasi Boost*.

Ini adalah di samping 1 hingga 3 Boost Stars sedia ada yang diperoleh pengguna bagi setiap perbelanjaan RM1, yang menjamin penjimatan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan*. Ganjaran dan tawaran tambahan juga boleh dinikmati pada 15 Julai sempena BoostUP Day bulanan.

Subsidi 50% bagi barangan runcit yang diberikan oleh Boost ialah tawaran terbaharu #BoostUntukRakyat dalam usaha berterusan bagi meringankan beban rakyat.

Sebelum ini, Boost memberikan sokongan kepada rakyat dengan membantu mengurangkan bil isi rumah bulanan menerusi BoostBills pada bulan Jun 2022, bekerjasama dengan MAIWP dalam beberapa inisiatif untuk membantu golongan B40 sejak Februari 2022, berganding bahu dengan beberapa NGO dalam mengutip eDerma bagi mangsa banjir pada Disember 2021, dan banyak lagi.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

5 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

5 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago