fbpx
Now Reading
Tips Elak Berus Gigi Jadi Sarang Kuman

Tips Elak Berus Gigi Jadi Sarang Kuman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampak senang je kan cara nak jaga berus gigi atau lebih senang tak payah jaga. Nak gosok, ambil. Dah sudah letak je kat sinki atau dalam bekas berus gigi. Tapi sebenarnya ada beberapa cara nak jaga berus gigi kalau taknak ianya menjadi sarang kuman.

1. Jangan simpan berus gigi dalam tandas

Perasan tak sinki dalam bilik air mesti berada berdekatan dengan toilet bowl. Kalau korang tahu, setiap kali flash bakteria dari najis tu akan naik beberapa meter ke udara. Lepas tu ? Kena kat berus gigi ? Eeeeee

2. Jangan letak berus gigi dekat dengan berus gigi orang lain

Mulut adalah bahagian badan yang paling banyak ada bakteria. Bukan tangan bukan hidung. Sebab, mencampurkan beberapa sikat gigi dapat membuat permukaan bulu berus saling menempel dan meningkatkan risiko perpindahan bakteria dari satu berus gigi ke berus gigi lainnya.

3. Jangan simpan berus gigi dalam keadaan tertutup

Semua orang tahu bakteria suka merebak dalam keadaan lembap. Jadi jangan letak berus gigi dalam almari ke, atau pakai penutupnya.

4. Pastikan berus gigi dalam keadaan menghadap ke atas

Letakkan berus gigi dalam posisi tegak, iaitu bulu berus gigi ke atas dan pemegangnya ke bawah. Jadi ini dapat beri bulu berus gigi untuk bernafas dan berada dalam sirkulasi udara yang baik.

5. Ganti berus gigi

Berus gigi memang perlu diganti bila dah kembang. Selain itu, berus gigi juga sepatutnya ditukar setiap 3 atau 4 bulan.

Sumber: Kompas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.