Ini Tips Hias Kamar Tidur Yang Sempit Nampak Luas

Mencabarnya bila bilik tidur kecil, nak kemas pun masih nampak sempit dan padat dengan barang-barang lagi.

“Bilik tidur saya kecil sangat. Saya pernah cuba kemas bilik saya tetapi hasilnya tetap sama, masih kelihatan sarat dengan barang-barang,” itulah antara keluhan yang kami selalu dengar.

Foto sekadar hiasan

Tak semua memiliki ruang bilik tidur yang luas apatah lagi jika tinggal di perumahan jenis flat, confirm ruangan bilik terlampau terhad.

Tapi terdetik dalam hati macam mana nak hias bilik tidur yang sempit menjadi luas dan menarik, kan?

Ikuti tips yang bakal kami kongsikan ini untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan untuk bilik tidur korang. Jom deko!

Pemilihan warna dinding

  • Untuk nampak tempat tidur korang terlihat luas, gunakan warna yang cerah seperti warna pastel.
  • Pemilihan warna mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik korang.
  • Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel dan kelabu lembut.
  • Pemilihan warna gelap juga boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja. Ingat tu!

Perabot

  • Tentukan kedudukan perabot korang sebelum buat pengubahsuaian
  • Bilik hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, tapi kalau masih ada ruang lagi bolehlah korang masukkan perabot tambahan
  • Kalau korang ada budget lebih, bolehlah korang tempeh almari bina dalam dekat bilik tidur korang

Penstoran

  • Untuk barangan yang korang nak simpan, korang bolehlah letakkan ke dalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan. Baru terlihat kemas bilik korang

Cermin

  • Kalau nak ruang terlihat luas, pilihlah cermin yang bersaiz besar sebab ia dapat memberikan kesan luas terhadap kamar tidur korang

Pencahayaan

  • Dapatkan lampu tidur atau jenis reka bentuk lampu yang bersesuaian dengan bilik korang
  • Ia mampu memberikan mood yang tenang selain suasana yang romantik kepada korang
  • Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur macam lampu meja, lampu dinding malah ada lampu yang terletak pada kepala katil korang, barulah rasa macam bilik tidur hotel

Kemasan lembut

  • Kemasan lembut bermaksud seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat di bilik korang
  • Pilihlah warna cadar yang bersesuaian dengan bilik korang
  • Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi korang
  • Bila pulang dari kerja dalam keadaan letih, mood korang automatik berubah lebih tenang selepas lihat katil, betul tak?

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

15 hours ago