fbpx
Now Reading
Wah! Ini Resepi Mudah Buat 4 Jenis Kuih Apam Kukus Di Rumah

Wah! Ini Resepi Mudah Buat 4 Jenis Kuih Apam Kukus Di Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila duduk rumah lama sangat, jadi bosan dibuatnya. Masa inilah kita boleh belajar cara memasak dekat rumah. Betul tak?

Haa… jangan risau kalau kita baru nak belajar masak, memang akan cari resepi-resepi yang mudah dan senang. Lebih baik mencuba dari tak tahu langsung, kan?

Kali ini, kami tampilkan resepi yang sedikit berbeza iaitu cara membuat apam kukus kampung. Dengar saja dah buat perut berbunyi. Jom kita mulakan kelas!

#APAM GULA HANGUS

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 190gm gula pasir
  • 180gm air
  • ½ sudu the esen vanilla
  • 2 biji telur gred A
  • 10gm minyak masak
  • 20gm susu pekat manis
  • 190gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara memasak:

  1. Masak gula hingga jadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, matikan api dan biarkan ia mendidih. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
  2. Lenser acuan apam dengan minyak masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan ‘hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
  5. Sudukan ke dalam acuan kira-kira ¾ penuh.
  6. Setelah itu, kukus selama 15-20 minit mengikut saiz acuan yang korang guna.
  7. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

(info tambahan: Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakkan air kukusan jatuh ke atas adunan)

#APAM MEKAR AISKRIM SODA

Kredit: Mas Cotek

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur gred A
  • -290gm gula pasir
  • 1 sudu teh ovalete
  • 240gm aiskrim soda
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewrna pink atau pewarna yang disukai

Cara memasak:

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan aiskrim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan korang.
  6. Sudukan adunan ke dalam cawan sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus dengan api besar selam 12 minit.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan/

(info tambahan: Apabila sudah memasukkan tepung ke dalam asunan, jangan kacau terlalu lama)

#APAM PISANG

Kredit: Narimah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji pisang berangan (dipotong kecil)
  • ¾ cawan gula (jika suka manis guna 1 cawan)
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • ½ cawan minyak masak
  • Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya

Cara memasak:

  1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.
  2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya semua bahan sebati.
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau Loyang.
  4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau Loyang, waktu memasak perlu ditambah.
  5. Angkat dan sejukkan seketika hingga sedia untuk dinikmati.

Resepi dari: Achik Ita Jsd Kelantan

#APAM NASI

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula

Bahan-bahan untuk diayak:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan 11g

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan dan perapkan selama 1 jam
  2. Tuang dalam acuan yang disapu minyak
  3. Kukus sehingga masak
  4. Hidang dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam

Resepi dari: Nurul Atika Moktar

Haa.. tunggu apa lagi korang dah boleh mulakan projek membuat kuih apam dekat dapur. Walaupun kuih apam ini kuih tradisional. Namun, kuih apam sangat digemari oleh setiap lapisan umur, tak kisahlah tua ataupun muda semua suka.

Yang pasti, cara pembuatan kuih apam ini tersangatlah mudah. Jadi korang bolehlah makan kuih ini sambil sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.