fbpx
Now Reading
Seronoknya! Ini Cara Senang Buat Loaded Potato Bowl Ala KFC, Dijamin Sedap

Seronoknya! Ini Cara Senang Buat Loaded Potato Bowl Ala KFC, Dijamin Sedap

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengemar KFC pasti sudah merasai menu ini iaitu ‘Loaded Potato Bowl’ kan? Hanya sekadar membayangkan sahaja sudah boleh buat perut kita tak berhenti bunyi.

Keistimewaan menu ini ialah sos cheezy wedges yang dituang dalam mangkuk yang sudah dikhaskan dengan diletakkan kentang putar, jagung dan juga ayam goreng bersalut tepung.

Kredit: SETHLui.com

Tapi, sedihnya kita hanya boleh menikmati menu ini apabila musimnya sahaja kerana ia adalah menu bermusim.

Bagi yang menyukai menu ini, kami mahu kongsikan cara membuat loaded potato bowl ala KFC. Resepi ini dikongsikan oleh Shahrul Bieha menerusi akaun facebook miliknya. Jom intai sikit!

BAHAN MEMBUAT MASH POTATO

  • Kentang
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada hitam
  • Butter
  • Susu full cream sikit

CARA MEMBUAT MASH POTATO

  • Rebuskan kentang hingga lembut
  • Lenyekkan kentang dan letakkan butter dan juga tambah serbuk lada hitam dan perasakan

BAHAN MEMBUAT CHICKEN POPCORN

  • Isi ayam
  • Tepung bestari
  • Telur

CARA MEMBUAT CHICKEN POPCORN

  • Potong cube isi ayam
  • Ikut arahan penyediaan pada plastik tepung bestari

JAGUNG

  • Rebus jagung dan gaulkan dengan gula sedikit

BAHAN LAIN:

  • Serbuk keju yang dah dilarut air panas
  • Mayonis
Kredit: Shahrul Bieha
Kredit: Shahrul Bieha

P/S: Hiaslah ikut suka anda. Saya buat letak 1 senduk mash potato dalam bekas, lapis mayonis dan keju, lapis balik mash potato, mayonis, keju, chicken popcorn, jagung. Siap!

Wah! Jadi selepas ini kita dah boleh makan loaded potato bowl ala KFC dekat rumah saja. Kalau nak sedap, makan panas-panas. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.