fbpx
Now Reading
Seat Kereta Kotor? 2 Campuran Bahan Ini Mampu Bersihkannya Agar Tampak Baru

Seat Kereta Kotor? 2 Campuran Bahan Ini Mampu Bersihkannya Agar Tampak Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara perkara yang paling tidak disukai oleh mana-mana pemilik kereta pastinya adalah seat yg kotor betul tak?

Kebiasaannya, orang akan menghantar ke kedai untuk mencuci kereta kan? Tapi macam mana pula kalau mereka buat lebih kurang sedangkan korang terpaksa bayar servis yang mahal? Mesti tak syok kan!

Foto sekadar hiasan. Kredit: Guff

Jadi, kami nak kongsikan dekat korang cara untuk membersihkan seat kereta yang kotor tersebut hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Perkongsian ini dikongsikan oleh Encik Radi tentang bagaimana hendak mencuci bahagian dalaman kereta terutama di panel pintu.

Ini antara bahan yang perlu korang gunakan:

Kredit: Bayut
  • Cuka
  • Baking soda

Caranya ialah:

Kredit: Maskulin
  1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
  2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
  3. Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
  4. Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
  5. Lapkan dengan kain microfibre.
Foto sekadar hiasan Kredit : Honda Malaysia

Selain itu, korang boleh juga spray di tempat-tempat lain yang korang rasa kotor tu. Barulah bersih luar dan dalam kereta korang dan rasa macam kereta baru pula tu. Mesti korang akan puas hati dengan hasilnya nanti. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.