fbpx
Now Reading
“Macam Selimut Kampung Opah Aku” – Harga Dress Rianna+Nina RM24,786 Jadi Perhatian Ramai

“Macam Selimut Kampung Opah Aku” – Harga Dress Rianna+Nina RM24,786 Jadi Perhatian Ramai

Baju jenama mewah dari Rianna+Nina bernilai RM24,786 itu disifatkan orang ramai sama seperti selimut di kediaman nenek mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui barangan berjenama mewah seperti pakaian, atau aksesori pastinya mempunyai reka bentuk yang cantik.

Selain mempunyai rekaan yang cantik, ia juga turut menawarkan barangan dengan kualiti yang baik dan harga yang sudah tentunya mahal.

Namun tidak semua barangan berjenama mewah ini menghasilkan koleksi yang cantik dan berpatutan dengan harganya, seperti sebelum ini kami ada melaporkan tentang produk dikeluarkan oleh jenama Balenciaga yang mencuri perhatian ramai dek kerana harga yang tidak masuk akal.

Baca artikel berkaitan: “Sampai Ikea Pun Bahan!” – Skirt Tuala Mandi Balenciaga Raih Perhatian, Dijual Pada Harga RM4,000

Baca artikel berkaitan: Balenciaga Curi Perhatian Lagi, Tawar Beg Plastik Sampah Paling Mahal Di Dunia Pada Harga RM8,000

Baju jenama Rianna + Nina tular di media sosial

Perkara ini samalah seperti jenama dari Eropah, Rianna + Nina apabila salah satu koleksi pakaiannya menjadi tular di laman X pada baru-baru ini.

Jenama Rianna + Nina telah dicipta oleh dua wanita yang meminati tekstil vintaj dan mereka telah memulakan butik kecil di Berlin, Jerman pada tahun 2014.

Namun jenama ini telah membangun dengan pesat dan mendapat jolokan di antarabangsa dengan gaya yang tidak pernah dilihat sebelum ini selain turut menampilkan pakaian yang sarat dengan pelbagai warna dan corak.

Menerusi laman rasmi jenama ini, kelihatan setiap pakaian yang dijual bernilai ribuan ringgit dan ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Baju bernilai RM24,786 disifatkan seperti selimut di kampung

Dalam muat naik yang tular di laman X itu, seorang pengguna secara berseloroh meminta ahli keluarganya untuk membelikan baju seperti maxi dress dari jenama berkenaan.

Baju tersebut dihiasi dengan pelbagai warna iaitu merah, hijau, coklat, biru. Bukan hanya itu, setiap warna juga mempunyai corak yang berbeza dan ia bernilai RM24,786.00.

Baju diperbuat daripada 100% sutera yang dipilih dan dicelup dengan penuh teliti untuk menghasilkan keunikan

Menurut deskripsi, baju yang diberi nama One-of-a- kind Evening Bell Dress itu menggunakan material 100% sutera.

Pakaian tersebut menampilkan ‘A-line silhouette’ yang cair dan direka daripada selendang sutera vintaj yang eksklusif.

Bukan hanya itu, selendang tersebut dipilih dan dicelup untuk menghasilkan satu penceritaan yang unik dan dibuat oleh tukang mahir jenama berkenaan di Berlin.

Walau bagaimanapun, ciapan itu telah menarik perhatian ramai apabila orang ramai melihat rekaan dan harga baju berkenaan.

Malah ada yang menyifatkan, baju tersebut persis seperti selimut di kampung. Selimut yang dimaksudkan itu adalah kain yang dijahit oleh orang tua zaman dahulu menggunakan lebihan kain pasang agar tidak membazir.

Tidak kurang juga ada menyifatkan dengan harga baju itu mereka boleh membeli sebuah kenderaan seperti kereta dan juga motosikal.

Malah ada yang menyifatkan harga baju itu sama jumlahnya seperti duit pinjaman pelajaran yang didapatkan dari PTPTN.

“Macam selimut kat kampung opah aku”

“Baju boleh beli Axia tunai”

“Macam kain selimut dulu-dulu orang jahit cantum kain perca”

Untuk makluman, selain menjual pakaian jenama ini juga turut mempunyai koleksi lain seperti aksesori wanita dan juga tas tangan.

Namun terdapat juga beberapa koleksi lain yang cantik dan segak apabila dipadankan dengan t-shirt kosong. Tetapi jika anda memakai koleksi dari jenama ini, hanya dengan sekali pandang sahaja ramai yang sudah mengetahui anda memakai baju jenama Rianna + Nina kerana ia mempunyai identiti yang tersendiri.

Baca artikel berkaitan: Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.