
Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Peminat dunia fesyen pasti cukup kenal dengan jenama Balenciaga. Mula ditubuhkan pada 1919, jenama mewah yang sudah lebih satu abad ini begitu diminati malah boleh dikategorikan sebagai salah satu jenama paling berpengaruh dalam dunia fesyen.
Namun sehebat mana sesebuah jenama tersebut, ia pasti pernah terpalit dengan kontroversi atau isu panas. Begitu juga dengan Balenciaga apabila rekaan tote beg mereka yang berharga US$ 2,145 dikatakan meniru beg ikea malah warnanya juga hampir sama.

Bahkan beg mereka juga pernah dikaitkan dengan beg menyimpan Toto yang terkenal suatu masa dahulu.

Netizen seluruh dunia samakan dengan laundry bag
Terbaru jenama itu sekali lagi menjadi hangat di media sosial gara-gara isu sama apabila rekanan beg terbaru mereka kini disamakan dengan laundry bag atau dikenali dengan beg siam yang biasanya digunakan golongan pelajar dan juga emak-emak di banyak negara.
Baru sahaja dilancarkan, bukan sahaja isu rekaan yang dibangkitkan malahan ramai mempersoalkan harganya yang disifatkan tidak masuk akal kerana ianya dijual pada harga US $2,090 (RM 8698)
Laundry bag kat asrama
Girl pls this is my laundry bag kat asrama 😭 https://t.co/ki1KUS3XDK
— Lalisa Surihani 🏴 (@mabitxch) September 9, 2021
Boleh didapati dengan harga $3 di Maghribi
Ramai yang kemudian membahan beg berkenaan disebabkan harganya yang tidak masuk akal.
Bebera pengguna kemudian menjelaskan mereka boleh mendapatkan beg dengan rekaan berkenaan pada harga yang cukup murah antaranya $3 di maghribi
It’s only 3$ or less in morocco plssss 😭
— 🇵🇸wiam⁷ han day (@g0wonce) September 7, 2021
$0.50 di Kenya
Ada juga yang boleh membelinya dengan ahrga$0,50 di Kenya.
It’s $0.50 in kenya
— 𝓜𝓴𝓮𝓷𝔂𝓪♥︎ (@Kiplamaar) September 8, 2021
Aku ada 2
up dekat amazonn bun, bole pergii nii
— tuote qweet ははは (@adamodamo_) September 10, 2021
Jadi apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan netizen yang lain?