fbpx
Now Reading
“Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival

“Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilihat semakin menggemari makanan-makanan viral yang dijual oleh para peniaga. Setiap bulan, pasti ada sahaja makanan atau minuman viral baru yang muncul.

Malah, hidangan-hidangan sebegitu juga boleh didapati dengan mudah di Food Festival yang sering kali dianjurkan di setiap negeri.

Memang sekali pergi, rasa nak borong semua sebab terliur. Antara makanan terkenal sekarang yang anda boleh dapati di acara sebegitu adalah Cromboloni, Kunafa Cheese, Jeli Ball, Churros, Buko dan sebagainya.


Harga Makanan Food Festival Mahal?

Dalam pada Food Festival itu dianjurkan untuk menggembirakan hati ‘foodies’, namun ada dakwaan yang mengatakan makanan yang dijual di festival makanan sebegitu agak ‘cekik darah’.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @Januarhaikal) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Haikal meluahkan kekecewaannya terhadap kos makanan dan minuman yang dijual dengan harga begitu tinggi di sebuah acara food festival.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: IG (@mira.burger)

Menurutnya, anggaran harga hidangan di Food Festival yang dikunjungi itu sekitar RM15 hingga RM55. Malah menurutnya harga yang dikenakan adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan yang dijual dalam pusat membeli-belah.

Karnival makanan ni dah macam pasar malam je tahu, tetapi kenapa harga lagi mahal dari dalam mall?

Januar Haikal.

Harga Makanan Ditetapkan Tidak ‘Masuk Akal’

Haikal menerusi hantaran sama turut menyenaraikan jenis hidangan yang dibeli berserta dengan harganya. Antaranya:

  • Kunafa Ojen: RM25
  • Cempedak goreng: RM15
  • Air Avokado 2 liter: RM20
  • Cheese Tart : RM12
  • Anggur timbang: RM13.65
  • Kuey teow: RM8
  • Churros: RM8
  • Donut gebu: RM5
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels/Media sosial

Tambah Haikal lagi, harga ditetapkan oleh para vendor adalah tidak ‘masuk akal’ dan bukan semua di kalangan masyarakat mampu membayar makanan dengan kos sebegitu.

RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik.

Januar Haikal.

Reaksi Netizen Terhadap Makanan Mahal

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Haikal mengenai harga makanan yang mahal di kebanyakan festival makanan.

“Setuju! Pernah survey paling murah pun lokcing (sate ikan) satu cucuk RM4. Nak makan nasi bujang je dah RM6. Standard nasi satu set ayam + nasi + sayur RM15! Sangat tidak rahmah ya,” kata seorang individu.

Sumber: X

Malah, ramai juga pengguna laman X berkata mereka tidak lagi berminat untuk mengunjungi mana-mana Food Festival dalam Malaysia akibat kos yang terlalu mahal.

“Sebab tu tak suka pergi mana-mana Food Festival walaupun teringin nak makan sekalipun. Sebab tahu harga makanan di mahal amat. Kadang-kadang portion kecil je tapi harga dia masya-Allah,” jelas seorang wanita.

Sumber: X

Sewa Tapak Mahal Jadi Punca?

Berbicara tentang harga makanan yang mahal, ramai di kalangan warganet berkata peniaga akan memberikan alasan harga tapak mahal untuk berniaga di sesebuah Food Festival. Oleh disebabkan kos tapak yang didakwa tinggi, para peniaga terpaksa meletakkan harga jualan mahal.

“Sewa tapak yang mahal. End up peniaga tak dapat pulang modal. Penganjur yang untung, peniaga rugi,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Buat mereka yang selalu ke Food Festival, apa pandangan anda tentang perkongsian ini? Adakah anda bersetuju caj makanan yang dikenakan adalah terlalu mahal?


Lapor Pada Kepada KPDN

Untuk info, kes peniaga menjual makanan dengan harga yang terlalu mahal dan tidak munasabah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Apakah peranan anda sebagai pengguna? Sebagai seorang pengguna, anda bertanggungjawab untuk membuat aduan di saluran yang betul tentang mana-mana peniaga yang menetapkan harga produk yang melampau dan mengaut untung secara berlebihan.

Berikut kami senaraikan saluran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang anda boleh hubungi bagi melaporkan kes sedemikian. Antaranya:

  • Portal e-Aduan KPDN.
  • Aplikasi Ez-ADU KPDNHEP
  • Talian Hotline: 1-800-886-800
  • Pesanan WhatsApp: 019-2794317
  • E-mel: e-aduan@kpdnhep.gov.my
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (EEC): 03-8882 6088/6245

Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Isteri Mawi Complain Bil Makan Cecah RM1,260, Owner Kedai Perjelas Satu Per Satu

Baca Artikel Berkaitan: RM9 For Roti Canai Kosong In Genting Highlands, Too Expensive or Normal?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.