fbpx

Balenciaga Curi Perhatian Lagi, Tawar Beg Plastik Sampah Paling Mahal Di Dunia Pada Harga RM8,000

Namun bagi Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia, menghasilkan produk sebegini bukanlah satu kesalahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/PointsBetUSA/status/1554845094301163520

Jenama Balenciaga bukan satu nama asing lagi bagi peminat fesyen. Bukan sahaja digilai golongan selebriti, malah jenama ini turut mendapat tempat di kalangan anak muda yang datang dari keluarga berada.

Namun jenama mewah yang berasal dari Sepanyol ini turut popular media sosial dek kerana beberapa produknya yang ‘overrated’ dan dijual pada harga tidak masuk akal.

Sekitar tahun lalu, Beg Tote yang dikeluarkan mereka pernah menjadi perbualan hangat di media sosial hanya kerana reka bentuknya yang dilihat menyamai laundry bag namun pada harga yang jauh lebih premium.

Baca artikel berkaitan : Beg Tote Balenciaga Jadi Topik Hangat, Dijual Dengan Harga RM8K Tapi Netizen Samakan Dengan Laundry Bag

Terbaharu, jenama itu sekali lagi menjadi topik hangat selepas mereka mengeluarkan beg plastik sampah (trash pouch bag) bersempena dengan pertunjukan fesyen Koleksi Winter 2022 Balenciaga.

Penghasilan produk tersebut ternyata mencuri perhatian penggemar dunia fesyen dari seluruh dunia di mana rata-rata dilihat mengkritik cubaan yang dilakukan Balenciaga.

Ramai beranggapan ia adalah satu perkara yang kreatif namun tidak bersesuaian apatah lagi harganya yang mahal dan tak masuk akal. Ini kerana plastik sampah ini akan dijual pada harga $1,790 (RM8,000).

Namun bagi Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia, menghasilkan produk sebegini bukanlah satu kesalahan.

Malah dia mempertahankan idea tersebut selain mengakui enggan melepaskan peluang untuk menghasilkan beg sampah paling mahal di dunia.

 “I couldn’t miss an opportunity to make the most expensive trash bag in the world, because who doesn’t love a fashion scandal?”

Demna Gvasalia

Beg sampah ini kini boleh didapatkan di butik mereka selain di laman rasmi mereka di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.