fbpx
Now Reading
KLFW2023: Selepas 15 Tahun, Mimpi Kita Julung Kalinya Tampil Dengan Koleksi Pakaian Lelaki

KLFW2023: Selepas 15 Tahun, Mimpi Kita Julung Kalinya Tampil Dengan Koleksi Pakaian Lelaki

Koleksi pakaian lelaki ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’ merupakan yang pertama kali dilancarkan oleh Mimpi Kita selepas 15 tahun berkecimpung dalam industri fesyen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat fesyen pasti mengetahui bahawa pada minggu ini bermula 21 hingga 27 Ogos telah berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) bagi tahun yang ke-11.

Malah apa yang lebih menarik KLFW pada tahun yang ke-11 ini bukan sahaja tampil dengan konsep baharu tetapi anda juga dapat menyaksikan rekaan-rekaan baju terbaharu daripada 50 pereka fesyen dan jenama tempatan.

Baca artikel berkaitan: KLFW2023 Kembali Untuk Tahun Ke-11, Tampil Dengan Rekaan Baju Lebih Fresh Dari Para Pereka Tempatan

Mimpi Kita antara 50 jenama tempatan sertai KLFW2023

Antara yang turut terlibat pada KLFW2023 ini termasuklah Mimpi Kita iaitu sebuah jenama yang dibangunkan oleh tiga adik-beradik yang dikenali sebagai Nurul Afidah, Fatimah Ani Syahirah dan juga Amirah Hanis.

Jenama terkenal ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan mereka sering tampil dengan pelbagai koleksi pakaian wanita yang moden dan juga elegan.

Malah rekaan baju dihasilkan oleh jenama ini seiring dengan wanita yang inginkan pakaian ‘trendy’ dan kontemporari.

Tampil dengan koleksi pakaian lelaki bagi ‘The Kitaverse Spring/Summer’

Namun sedikit berbeza pada tahun ini, kerana bersempena dengan ulang tahun ke-15 jenama ini di dalam industri fesyen, Mimpi Kita telah tampil dengan kelainan apabila turut mempersembahkan pakaian lelaki dalam koleksi ‘The Kitaverse Spring/Summer 2024’.

Wah! Akhirnya kaum lelaki anda pun boleh membeli barangan Mimpi Kita.

Sewaktu pertunjukan fesyen pada malam tadi (24 Ogos) di Naza Tower Platinum Park turut dapat dilihat mereka tidak hanya menawarkan kemeja atau t-shirt tetapi turut memperkenalkan beberapa pakaian outerware yang sesuai digayakan setiap peringkat umur.

Di sini kami turut paparkan sekitar petunjukan jenama ini di KLFW2023.

Namun sebagai seseorang yang sukakan fesyen anda mungkin mahukan pengalaman untuk merasai dan mencuba sendiri koleksi-koleksi yang dipersembahkan oleh jenama ini.

Mimpi Kita Kapsul di Bangsar Village II

Usah bimbang kerana Mimpi Kita bakal membuka kapsul di Bangsar Village II pada 26 Ogos sehingga 10 September ini.

Selain itu, mereka turut menawarkan baucar sebanyak RM50 kepada 50 pelanggan pertama dan anda juga berpeluang untuk memenangi hadian dan baucar dari ShopBack serta Melissa.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan koleksi ini secara langsung di laman sesawang Mimpi Kita, dan ikuti Instagram mereka untuk maklumat terkini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.