fbpx
Now Reading
“Tanjak Kat Kepala Bukan T***k”- Pakaian Digayakan Sharifah Sakinah Di KLFW2023 Undang Perhatian [Video]

“Tanjak Kat Kepala Bukan T***k”- Pakaian Digayakan Sharifah Sakinah Di KLFW2023 Undang Perhatian [Video]

Pakaian diperagakan oleh Sharifah Sakinah yang kelihatan seperti tanjak telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini sedang berlangsungnya acara Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) yang bermula Isnin (21 Ogos) sehingga 27 Ogos ini di tujuh lokasi yang berbeza.

Oleh itu, ramai pereka-pereka fesyen tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara gilang-gemilang ini untuk mempersembahkan karya mereka selain ingin menonjolkan lagi jenama agar dikenali ramai.

Antara pereka dan jenama hebat yang terlibat dalam KLFW2023 adalah Nelissa Hilman, Hatta Dolmat, Zachrin Jaafars, Zaimizulkafli, Behati, Rizman Ruzaini serta banyak lagi, malah kami turut berpeluang menyaksikan beberapa ‘catwalk’ daripada jenama-jenama terlibat.

Sharifah Sakinah curi tumpuan ramai ketika di KLFW2023

Namun baru-baru ini, selebriti yang juga pelakon wanita, Sharifah Sakinah telah mencuri perhatian ramai semasa memperagakan koleksi pakaian daripada jenama Behati pada hari ketiga yang berlangsung di Shangri-La Kuala Lumpur.

Sakinah yang merupakan model bagi jenama berkenaan telah tampil berjalan di atas pentas dengan mengayakan skirt pendek yang dihiasi dengan bunga mawar di bahagian tepi.

Muncul dengan memperagakan baju seperti tanjak yang menutupi dada

Namun apa lebih mencuri tumpuan adalah baju yang dipakai oleh pelakon itu berbentuk seperti tanjak dan ia hanya menutupi di bahagian dada selebriti tersebut.

Pakaian yang diperagakan oleh pelakon itu bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen apabila ada yang merasakan tanjak tidak sepatutnya diletakkan di bahagian terbabit memandangkan ia adalah salah satu warisan kesenian Melayu.

Malah terdapat juga segelintir yang berasa kecewa kerana pakaian tradisi itu diperlakukan sebegitu rupa.

Komen-komen ini ditinggalkan oleh netizen menerusi beberapa video yang dikongsikan portal-portal fesyen terkemuka di media sosial termasuk TikTok dan Instagram.

@ehmalaysia Gaya kedua Sharifah Sakinah di BEHATI KLFW #ehmalaysia #sharifahsakinah #behati #klfw ♬ original sound – ehmalaysia

Ada juga yang berpendapat sekiranya ingin memodenkan sesuatu pakaian kerana pakaian tradisi Melayu melambangkan kesopanan.

“Menghina seni budaya Melayu pakai tanjak. Apa benda pakai tanjak dekat dada”

Foto: via IG Media Hiburan

“Apa punya staillah, tanjak pun tak pandai pakai dekat mana. Adoi”

Foto: Via IG Media Hiburan

“Nak modenkan bukan macam ni caranya. Pakaian Melayu melambangkan kesopanan. Kalau tak hilanglah tradisional dia semua nak ikut gaya barat”

Foto: Via TikTok Eh Malaysia

“Tanjak dekat t** lah”

“Tanjak? Dekat situ? Apa motif sebenar?”

“Fesyen apa ni”

Tanjak adalah warisan kesenian Melayu yang dipakai di kepala

Untuk makluman tanjak atau turut dikenali sebagai tengkolok merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang disarung pada kepala.

Ia juga sering dipakai oleh kaum lelaki pada zaman dahulu kala oleh masyarakat Melayu, pahlawan dan juga para pemimpin, namun pada zaman ini tanjak ini kebiasaannya digunakan pada majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, majlis istiadat diraja dan sebagainya.

Tanjak ini juga diperbuat menggunakan kain songket yang dilipat dan diikat mengikut gaya tertentu dan ia mempunyai pelbagai jenis mengikut negeri selain turut mempunyai maksud tersendiri.

Sebagai contoh antara jenis tanjak yang terdapat di negara ini adalah tanjak Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan, Selangor serta banyak lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.