“Aku Taja Sebab Bisnes, Bukan Nak Glamour” – Bos Susu Kecewa Segmen Satu Minit Dipendekkan?
Dia yang merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. menyatakan bahawa hanya mempunyai satu minit khusus untuk mempromosikan produk susu keluaran syarikatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai penonton televisyen (TV), pasti anda perasan terdapat sesetengah rancangan ditaja oleh syarikat tertentu terutama program yang mempunyai jumlah penonton yang tinggi.
Kebiasaannya, program TV yang ditaja memberi peluang kepada pihak syarikat untuk mempromosikan produk melalui platform rancangan tersebut sama ada dalam bentuk iklan atau slot khas.
Namun, tidak semua program dapat menyediakan slot khusus buat penaja untuk mempromosikan produk mereka dek kerana masa yang suntuk atau pengisian program yang terlalu padat.
Oleh sebab itu, kadang kala dapat dilihat ada segelintir slot penaja dipotong secara tiba-tiba kerana melebihi masa yang ditetapkan.
Penaja All Stars Gegar Vaganza Tidak Puas Hati Segmen Dipendekkab
Menerusi hantaran terbaharu yang dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Farm Fresh Milk Sdn. Bhd., Azmi Zainal di Facebook miliknya, beliau berkongsi kisah di mana klip satu minit yang dikhususkan kepada syarikatnya dipendekkan.
Beliau yang merupakan penaja utama All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyatakan bahawa dia hanya mempunyai satu minit khusus untuk mempromosikan produk susu keluaran syarikatnya sewaktu rancangan berlangsung.
“GV (Gegar Vaganza) kali ini aku stres beb, takkan nak pantun je untuk klip aku yang satu minit, orang pun bosan, Dewan Bahasa pun bosan nanti, bukan senang nak jual susu ni.
“Aku ada satu minit untuk capture attention enam juta penonton, dah la minggu lepas klip aku kena potong, hangin satu badan aku masa konsert tu.
“Lepas je segmen aku tu habis, korang tak nampak aku dekat seat lagi kan? Aku pergi ke bilik operasi minta penjelasan,” tulis Azmi yang turut dikenali dengan gelaran ‘bos susu’.
Minta Pihak Penerbitan Faham Status Sebagai Penaja
Susulan daripada tindakan penganjur yang secara tiba-tiba memendekkan segmen khas ketika Program ASGV pada minggu keempat, Azmi memohon mereka agar memahami peranannya sebagai penaja.
“Pejam celik, dah nak sampai minggu kelima, minggu ni dah nak fikir nak buat apa, bagi aku klip satu minit sangat berharga.
“Tu yang aku cakap dengan orang Astro, support la, jangan la anggap klip aku tu picisan dalam konsert ni, buat acuh tak acuh je.
“Aku taja sebab bisnes, untuk naikkan jualan, bukan untuk glamour, nak bayar juta-juta dekat Astro, aku kena perah nenen lembu aku, bukan aku petik daun tepi jalan,” tulisnya lagi.
GV kali ni aku stress giler beb… x kan nak pantun je utk klip aku yg 1 minit tu… org pun bosan… Dewan Bahasa pun bosan…
Posted by Azmi Zainal on Friday, 20 October 2023
Namun, menerusi semakan kami, tiada sebarang hantaran baharu yang dikongsikan oleh Azmi berhubung isu tersebut.
Sebaliknya, bos susu itu hanya berkongsi foto beliau menggayakan pakaian sewaktu konsert minggu kelima.
Malam ni kita Rap beb… sape yg teka fesyen hiphop n Rap dia menang… korang tunggu aku RAP mlm ni😜
Posted by Azmi Zainal on Sunday, 22 October 2023
Hantaran Dapat Perhatian Warganet, Ramai Cadang Minta Masa Lebih
Luahan yang dibuat oleh Azmi itu nyata menarik perhatian ramai. Ada segelintir warganet sedar dengan tindakan pihak penerbit yang secara tiba-tiba memotong segmen khas Farm Fresh dalam konsert minggu lalu.
Ada juga yang turut menyatakan bahawa tempoh satu minit tidak cukup buat Azmi bagi mempromosikan produk susu keluaran syarikatnya itu.
Malah, terdapat setengah warganet yang mengecam tindakan pengurusan program yang dilihat seolah-olah mengabaikan penaja hingga ada yang menyarankan Azmi untuk menaja rancangan lain.
Perasan Juga, Macam Bos Susu Tak Sempat Nak Cakap Terus Habis Ke Video
Dah Agak Dah, Masa Tengok Dia Tengah Bercakap Tu, Terus Iklan, Aku Kata Biar Betul Diorang Ni
Bos Susu, Minta 3 Hingga 5 Minit Nak Pentas
Bagilah 2 Minit Dari Yang Lain Merapu Tak Tentu Hala
Tahun Depan Tak Payah Sponsor Dah Kalau Gitu, Yang Lain Merapu Elok Pula Tak Kena Potong
Pengacara Melalut Boleh Pula Lama-Lama, Takkan Sponsor Nak Promote Produk Seminit Je
Patut Bagilah Lama Lagi
Baca Artikel Berkaitan: