fbpx

“Steady, Senang Cilok” – Ramai Puji Tok Ram Bawa Perodua Viva [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan Tok Ram sedang bergurau dengan Nabil selepas habis konsert All Stars Gegar Vaganza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan selebriti-selebriti di Malaysia pasti memiliki kereta berjenama mewah seperti Mercedes, BMW, Audi dan sebagainya.

Malah, ada yang mempunyai kereta bernilai jutaan ringgit hasil daripada titik peluhnya sendiri sepanjang berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

Pendek kata, ‘self-reward’ setelah berusaha sehabis baik mencari rezeki.

Bagaimanapun, masih ada sesetengah selebriti yang ‘humble’ dengan hanya memandu kereta berjenama tempatan yang banyak dipakai oleh orang awam.

Tular video Tok Ram selamba bawa Perodua Viva semasa jadi juri di ASGV

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan pemuzik terkenal, Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih mesra disapa Tok Ram sedang duduk di dalam kereta Perodua Viva semasa ingin pulang daripada konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya itu, kelihatan Tok Ram sedang bergurau dengan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad sebelum kedua-dua mereka pulang.

“Biru katanya muka (Nabil) bila suruh baca doa,” tulisnya di dalam video.

Netizen puji Tok Ram ‘humble’ hanya bawa Perodua Viva

Namun, rata-rata pengguna media sosial lebih tertumpu kepada kereta yang sedang dinaiki oleh Tom Ram itu memandangkan beliau adalah orang yang mempunyai nama dan dikenali ramai.

Malah, netizen juga memuji Tok Ram yang kelihatan tidak kekok atau malu untuk memandu kereta Perodua Viva dan membawanya ke acara sebegitu.

Tok Ram juri tetap di All Stars Gegar Vaganza 2023

Untuk info, Tok Ram yang juga suami kepada penyanyi, Alya atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Hassan merupakan antara juri tetap bagi program All Stars Gegar Vaganza 2023 di Astro Ria.

Program pertandingan nyanyian itu mengumpulkan kesemua juara Gegar Vaganza bagi setiap musim dan pilihan ‘hot seat’ untuk berentap bersama-sama bagi mengejar gelaran juara.

Berikut merupakan komen yang diberikan oleh netizen:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.