fbpx
Now Reading
Mudahnya! Ketahui Teknik Sebenar Pakai Winged Eyeliner Ikut Bentuk Mata Kita

Mudahnya! Ketahui Teknik Sebenar Pakai Winged Eyeliner Ikut Bentuk Mata Kita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Korang pernah tak tertekan masa pakai eyeliner di bahagian mata? Mestilah pernah kan. Haa… Lagi-lagi bila tengok perempuan lain pakai elok je. Tapi, tang kita tak jadi pula.

Sememangnya pemakaian eyeliner sangat penting bagi para wanita kerana ia akan menampilkan dengan imej yang berbeza dari yang sebelum ini.

Tapi, satu perkara yang patut korang tahu setiap teknik yang dilakukan adalah berbeza kerana ia bergantung kepada bentuk mata kita. Sebab itu, kadang korang tengok perempuan lain pakai elok je, tapi tiba dekat korang tak jadi kerana teknik yang korang gunakan tidak sesuai dengan bentuk mata korang!

Jadi, untuk itu kami akan kongsikan teknik pemakaian winged eyeliner yang betul mengikut jenis bentuk mata kita. Jom tengok!

#1 MONOLID

Kredit: The Klog
  • Untuk mereka yang mempunyai mata berbentuk monolid, mata korang tidak akan mempunyai sebarang lipatan dan menjadi rata pada bahagian kelopak mata.
  • Selain itu, tulang kening juga kebiasaannya tidak begitu menonjol.
Kredit: Beauty and the Boutique
  • Cara pemakaian winged eyeliner yang betul:
    1. Buatkan winged eyeliner secara kasar dan gariskan bulu mata bawah daripada sudut luar iaitu 2/3 sebelum sambungkan ia dengan wing.
    2. Gunakan jari atau berus, smudge sedikit eyeliner keluar daripada garisan yang dibuat.
    3. Ambil liquid eyeliner dan tambahkan di bahagian atas bulu mata dan kemudian panjangkan untuk dijadikan wing.
    4. Kalau korang rasa yakin dah, korang boleh ambil pensel eyeliner berwarna coklat dan lukis crease.
    5. Smudge garisan atas untuk nampakkan ia sebagai semula jadi.
    6. Kemudian, guna mascara dan siap!

#2 HOODED

Kredit: Cosmopolitan Indonesia
  • Bagi mata berbentuk hooded, mata korang mempunyai ruang kelopak mata yang sedikit dan apabila buka mata, ia kan menutup bahagian crease korang.
Kredit: Beauty and the Boutique
  • Cara pemakaian winged eyeliner yang betul:
    1. Buka mata korang sehingga nampak waterline. Mula dari sudut luar, lukiskan garisan di sepanjang waterline.
    2. Menggunakan krim atau kilauan, letakkan sedikit di bahagian saluran air mata.
    3. Korang boleh tambahkan sedikit eyeshadow pada kelopak mata untuk membuatkan mata korang lebih pop out.

#3 ROUND

Kredit: Dictio Community
  • Bagi yang memiliki bentuk mata yang bulat ini mesti kelihatan sangat comel!
  • Mata korang mestilah berada ditengah-tengah tanpa diapit dengan kelopak mata.
  • Apabila korang buka je mata, korang dapat lihat crease dengan jelas.
Kredit: Beauty and the Boutique
  • Cara pemakaian winged eyeliner yang betul:
    1. Lukis garis yang nipis di luar 2/3 dari garis bulu mata atas.
    2. Untuk membuat wing, lukis garis dari sudut luar ke arah atas secara memanjang dan buat bentuk segi tiga.
    3. Lukis garis nipis di bahagian bulu mata bawah dan gabungkan ia sehingga ke wing (2).
    4. Kemudian, korang boleh blend garis bawah mata yang dilukis untuk buatkan mata korang kelihatan lembut.

#4 ALMOND

Kredit: SehatQ
  • Jika korang lihat alis mata korang diapit dengan kelopak mata atas dan bawah, ini bermakna korang mempunyai mata berbentuk kacang badam.
  • Untuk bentuk mata ini, hampir kesemua jenis gaya eyeliner sesuai dengan korang dan ianya mudah dipakai.
Kredit: Beauty and the Boutique
  • Cara pemakaian winged eyeliner yang betul:
    1. Pada bagaian kelopak mata, lukiskan satu garisan yang nipis dari sudut dalam sehingga ke sudut bahagian luar.
    2. Kemudian, tebalkan garisan tersebut pada 3/4 bahagian garisan tersebut iaitu di bahagian sudut luar.
    3. Untuk tambahkan wing, lukis garisan dari sudut luar mata ke arah atas dan gabungkan ia dengan garis (2) dan buat bentuk segi tiga.
    4. Warnakan bentuk segi tiga tersebut dan gabungkan kedua-dua bahagian iaitu (2) dan (3).

Haaa… Okay tak dengan tips yang kami kongsikan ini? Semoga ianya bermanfaat untuk korang ya. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.