Ini Antara Petua Hilangkan Eyebag Dengan Cepat, Mudah & Berkesan

Kalau ternampak seseorang mempunyai eyebag yang teruk pastinya kita mengaitkannya dengan tabiat kurang tidur.

Namun sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang turut menyebabkan eyebag terjadi antaranya tekanan, alahan atau mungkin faktor genetik dan juga water retention.

Kredit: Hijabista

Jadi kami disini ingin berkongsikan 5 petua yang sangat berkesan bagi menghilangkan eyebag dengan mudah.

Kuning Telur + Lemon

Kredit: Riaurealita.com
  • Cara: Campurkan sebiji kuning telur, 1 sudu madu dan sedikit perahan lemon. Kemudian gaulkan bahan tersebut sehingga sebati
  • Sapukan bahan tersebut di bahagian eyebag sebelum tidur dan korang bolehlah cuci keesokan harinya

Minyak Badam

Kredit: Majalah Wanita
  • Khasiat minyak badam ini boleh membantu mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi
  • Cara: Sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur tau
  • Petua ini juga boleh membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar tidak kusam lagi

Uncang Teh

Kredit: Nona
  • Untuk yang ini, korang tak perlulah pakai uncang teh yang baru. Tapi guna sahaja yang sudah dipakai. Jadi jangan buang tau!
  • Cara: Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 hingga 15 minit
  • Kemudian, tekapkan uncang tersebut di bahagian mata selama 15 minit
  • Korang boleh buat sama ada sebelum ataupun selepas bangun tidur

Kentang

Kredit: IEyeNews
  • Jangan terkejut tau, sebenarnya kentang mengandungi enzim yang boleh membantu korang untuk mencerahkan kulit wajah
  • Cara: Cuci kentang dan hiriskan kepada beberapa keping
  • Kemudian, tekapkan hirisan tersebut ke bahagian eyebag selama 10 hingga 20 minit
  • Terpulang kepada korang kalau nak buat sebelum atau selepas tidur

Timun

Kredit: Liputan6.com
  • Petua ini memang tak pernah mengecewakan semua orang. Selain boleh dimakan ia juga mampu merawat masalah eyebag
  • Cara: Hiriskan timun menjadi kepingan dalam bentuk bulat
  • Kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit
  • Petua ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia bagus untuk merehatkan mata yang pedih

Jangan lupa tau cuba petua yang kami bagi untuk merawat eyebag korang tu. Selamat mencuba!

Kredit: Norzalina Mohd Alias

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

2 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

4 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

4 hours ago