
Beri Sedikit Kelainan, Ini Resepi Mudah Biskut Cornflakes Madu Biscoff Untuk Hidangan Raya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di pagi hari raya, memang tak best kalau tak ada kuih raya atas meja makan. Tak dinafikan hidangan raya seperti ketupat, rendang dan lemang mestilah lah orang capai dulu kan, tapi kuih raya ni menu pelengkap yang wajib ada untuk menaikkan lagi ‘feeling’ berhari raya.
Zaman sekarang ni dah ada macam-macam jenis kuih raya. Ada yang suka untuk buat sendiri dan ada juga yang beli je sebab lagi cepat dan dah tentunya sedap. Walaupun begitu, ada juga kuih raya yang sangat mudah dan cepat untuk dibuat seperti Biskut Cornflakes Madu.

Resepi yang sangat senang!
Bersempena dengan hari raya yang bakal tiba, seorang pengguna TikTok @ainanimohd telah berkongsi sebuah resepi Biskut Cornflakes Madu kegemaran ramai. Tapi yang menariknya, Biscoff spread yang pernah jadi viral masa PKP 1.0 digunakan dalam resepi ni juga tau!
@ainanimohd Reply to @k1yraa nah resepi paling mudah tapi sedap inshaAllah!
♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Bahan-Bahan
140 gram Salted Butter
12-14 sudu teh madu
4-5 cawan cornflakes
1 sudu makan esen vanila
2 sudu makan Biscoff Spread
2 sudu makan gula kastor (pilihan)
Cara-Cara
#1 Cairkan butter atas api perlahan.
#2 Masukkan gula sampai cair dan sebati.
#3 Masukkan esen vanila dan Biscoff spread.
#4 Masukkan cornflakes dan gaul rata.
#5 Susun dalam cup dan drizzle dengan Biscoff spread dan biskut Biscoff yang telah dihancurkan.
#6 Bakar pada suhu 145°C selama 20 minit.

Mudah kan? Kalau yang tahu dengan kesedapan dan suka Biscoff spread, resepi ni memang sangat sesuai untuk korang cuba. Bolehlah bagi kelainan sikit daripada Biskut Cornflakes Madu yang biasa kita makan sebelum ni.
Selamat mencuba!
Kredit: @bakingukhti