Jom Buat 5 Tips Untuk Dapat Mata Cantik & Sihat
Mata merupakan satu anugerah tuhan yang tidak ternilai, jadi jagalah mata anda sebaiknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti yang kita semua tahu manusia mempunyai lima pancaindera iaitu telinga, hidung, mulut, sentuhan dan yang terakhir sekali adalah mata.
Mata merupakan satu organ penting kerana dengan matalah anda dapat melihat keindahan alam semulajadi yang ada disekeliling anda.
Oleh itu, untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik kita perlulah melakukan beberapa langkah penjagaan kesihatan mata.
Jangan risau tips penjagaan mata ini mudah sahaja malah anda boleh amalkan di rumah bersama keluarga yang tersayang.
#1 Ketika membaca
Adakah anda seorang yang suka membaca secara dalam keadaan jarak yang dekat? Jika ya, keadaan ini adalah tidak baik untuk otot-otot mata anda.
Ini kerana membaca pada jarak terlalu dekat akan menyebabkan otot menegang untuk memberi fokus dan keadaan ini juga boleh menyebabkan anda berasa sakit kepala.
Seterusnya adalah posisi badan ketika membaca, posisi membaca yang sebenar adalah berada dalam keadaan tegak.
Jika berbaring bagaimana pula? Ha pasti anda diluar sana selalu melakukan posisi ni ketika membaca bukan? Sebenarnya posisi ini perlu dielakkan kerana otot mata terpaksa bekerja lebih untuk memberi fokus kepada apa yang dibaca.
Bukan itu sahaja ia juga menyebabkan mata lebih cepat penat dan tidak dapat bertahan untuk membaca lama.
#2 Pencahayaan
Pencahayaan pada mata sangatlah penting terutama ketika anda sedang membaca. Pencahayaan yang kurang atau terlalu terang akan menganggu keselesaan dan kesihatan mata anda ketika membaca.
#3 Makanan untuk mata
Pemakanan merupakan perkara yang sangat penting dalam aspek kesihatan dan ini termasuklah jika anda mahu memiliki mata yang sihat.
Kita pasti pernah mendengar pesanan seperti ini ‘makan lobak merah jika nak mata cantik dan sihat.’ Persoalannya betul ke lobak merah boleh membuatkan mata kita menjadi sihat?
Jawapannya adalah benar, ini kerana lobak merah kaya dengan sumber vitamin A.
Anda juga disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A dan C, contohnya seperti susu, brokoli, lobak merah, aprikot, anggur dan sebagainya.
#4 Lakukan senaman mata
Bukan hanya tangan dan kaki sahaja yang mempunyai senaman, mata juga ada senaman yang tersendiri.
Apa yang anda perlu lakukan adalah gerakkan mata ke kanan semaksimum yang boleh, kemudian berhenti seketika dan ulangi perkara yang sama di mata sebelah kiri. Seterusnya ulangi proses ini dengan memandang ke atas, bawah dan tengah.
Jika anda sering berada di hadapan skrin dalam tempoh yang lama, cuba berhenti seketika dan lihat objek yang berwarna hijau di kawasan luar rumah atau pejabat anda. Ini kerana warna hijau dapat membantu untuk menenangkan serta merehatkan mata anda.
#5 Lakukan pemeriksaan berkala
Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan mata sekurang-kurang sekali setahun, ini untuk memastikan tahap penglihatan serta kesihatan mata anda berada dalam keadaan yang baik.
Semoga dengan tips yang diberikan ini, ia dapat membantu mata anda agar sentiasa kelihatan cantik dan sihat.