fbpx
Now Reading
Bosan Hari Pertama Bekerja, Pengawal Keselamatan Selamba Tambah Mata Pada Lukisan Berharga RM4 Juta

Bosan Hari Pertama Bekerja, Pengawal Keselamatan Selamba Tambah Mata Pada Lukisan Berharga RM4 Juta

Tindakan tersebut menyebabkan dia akhirnya dipecat dan mungkin berdepan tindakan undang-undang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari pertama di tempat kerja baru pastinya akan menjadi hari yang janggal untuk sesiapa sahaja. Rutin baru, rakan sekerja baru dan pastinya persekitaran yang baru.

Situasi ini turut dihadapi seorang pengawal keselamatan dari Rushia apabila dia ditugaskan untuk menjaga sebuah muzium seni Yeltsin Centre yang terletak di bandar Yekaterinburg, Sverdlovsk Oblast.

Namun siapa sangka, dek kerana terlalu bosan pada hari pertamanya di sana, dia telah melakukan satu perkara yang tidak masuk akal apabila dengan selambanya ‘mengubah suai’ sebuah lukisan yang bernilai £740,000 (RM4.1 juta) yang dihasilkan oleh Anna Leporskaya sekitar tahun 1932-1934.

Selamba guna pen tambah mata pada potret tidak berwajah

Lukisan Three Figures asal tanpa contengan mata

Menurut laporan Metro UK, pengawal keselamatan itu telah menggunakan pen untuk menambah ‘mata’ pada potret tidak berwajah itu yang diberi nama ‘Three Figures’.

Tindakan pengawal keselamatan itu kemudian hanya disedari pengurusan Yeltsin Center selepas dua pengunjung memaklumkan terdapat ‘sesuatu yang berbeza’ pada karya seni yang dipamerkan tersebut.

Lukisan yang diubahsuai menggunakan ball pen

Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 7 Disember 2021 namun pihak Yeltsin Centre hanya berjaya mengesan individu yang bertanggungjawab dua hari lalu (9 Februari).

Sudah dipecat dan kini disiasat kerana melakukan vandalisme

Tindakan tersebut menyebabkan lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu akhirnya dipecat. Dia juga kini disiasat polis atas tuduhan melakukan vandalisme dan bakal berdepan hukuman penjara satu tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak galeri, pengawal keselamatan berusia itu bukanlah kakitangan tetap mereka sebaliknya dia adalah pekerja sebuah syarikat keselamatan swasta yang bertanggungjawab menjaga premis berkenaan.

Tambah mereka, lukisan yang diubah itu bagaimanapun sudah dihantar bagi tujuan baik pulih dan sudah disahkan akan akan dapat dibaiki tanpa mengalami sebarang kerosakan jangka masa panjang.

Sebagai info, Anna Leporskaya (1900-1982) adalah pelukis terkenal Rusia dan merupakan anak didik karyawan teragung Rusia, Kazimir Malevich (1879-1935). Dia juga pernah bekerjasama bersama karyawan hebat di sana seperti Nikolai Suetin dan Lev Yudin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.