Individu berbadan besar sudah tentu mempunyai impian untuk mendapatkan berat yang ideal dan langsing.
Menguruskan badan ini bukanlah hanya tujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia juga perlu demi kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.
Oleh itu, bermacam-macam perkara akan dilakukan dalam usaha mereka untuk mengurangkan berat badan seperti bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang.
Baru-baru ini, seorang pengamal gaya hidup sihat, Hanif Loid telah berkongsi di TikTok tentang lima jenis makanan yang sering dihindari oleh seseorang dalam menurunkan berat badan seperti:
– Makanan mengandungi gula
– Makanan berminyak
– Makanan mengandungi garam dan tepung
– Makanan segera atau yang diproses
– Hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja
Jelas Hanif, dahulu dia juga berfikir jika mahu menurunkan berat badan kita tidak boleh mengambil semua jenis makanan tersebut.
Katanya, bagi seorang manusia biasa perkara itu boleh dilakukan tetapi tidak disarankan kerana dengan mengurangkan pengambilan makanan tersebut sebenarnya sudah cukup untuk membantu anda mengurangkan berat badan.
Namun sekiranya anda mempunyai tujuan lain untuk menurunkan berat badan seperti pertandingan bina badan yang memerlukan masa yang pendek maka diet itu boleh dilakukan.
Menurutnya, adakalanya mereka yang mengamalkan diet dengan menghindari gula dan makanan ini akan menjadi gemuk semula kerana mengalami situasi di mana ia sukar untuk dikawal dalam jangka masa yang lama.
Ini kerana ada masanya seseorang itu pasti akan mempunyai keinginan untuk memakan beberapa makanan seperti ais krim, makanan berminyak dan bergoreng.
Oleh itu, untuk memudahkan proses diet, anda tidak perlu hindari tetapi hanya jaga pengambilan kalori dan kualiti pengambilan makanan sahaja.
Melihat di ruangan komen rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Hanif malah ada juga yang mengatakan tips untuk menurukan berat badan yang diberi olehnya mudah dan tidak membuatkan seseorang stress.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…