Drama ‘Perempuan Itu’ Buat Ramai Tak Senang Duduk, Ini 4 Tips Buat Wanita Untuk Elak Dari Bercinta Dengan Suami Orang

Sekarang hangat diperkatakan drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa mengenai konflik rumah tangga.

Rata-rata peminat drama ini mengecam watak Seira lakonan Siti Hariesa yang bercinta dengan suami orang yang di bawa Zul Ariffin.

Meskipun perkara ini bukanlah satu perkara asing di Malaysia, malah di seluruh dunia, namun, anda boleh elakkan daripada terjadinya perkara ini.

Ia penting agar rumah tangga pasangan itu kekal harmoni dan bahagia tanpa campur tangan pihak ketiga dan anda juga dapat hidup dengan tenang.

Buat wanita yang sudah terjatuh cinta dengan suami atau kekasih orang, ini 4 tips untuk anda move on sebelum anda lebih serius dengan perasaan anda.

#1 Luahkan Pada Orang Yang Paling Dipercayai

Foto: Pexels

Pasti anda keliru apabila terjatuh hati dengan suami atau kekasih orang. Luahkan apa yang anda rasa kepada orang yang anda percayai.

Ini penting agar anda dapat melihat pandangan daripada perspektif orang lain dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perasaan itu.

#2 Jangan Mengharap

Foto: Pexels

Anda perlu ingat, mencintai tidak semestinya memiliki. Bila anda telah jatuh cinta dengan pasangan milik orang, terdapat beberapa risiko yang bakal anda hadapi pada masa hadapan antaranya cinta akan ditolak.

Oleh itu, berpijaklah dibumi yang nyata. Cepat-cepat padam perasaan itu dan ingat bahawa dia tidak akan menjadi milik anda.

Bayangkan pula jika anda berdepan perkara yang sama kelak!

#3 Hargai Diri Sendiri Dengan Lebih Baik

Foto: Pexels

Bercinta dengan pasangan orang ini ibarat menunggu sesuatu yang tidak pasti. Daripada menunggu cinta anda dibalas, adalah lebih baik anda menyayangi diri sendiri dan menghargai orang lain.

Walaupun cinta anda mungkin dibalas, namun anda tidak tahu dugaan dan risiko yang anda akan hadapi apabila menjalinkan hubungan dengan pasangan milik orang.

Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti berfaedah yang dapat membantu anda untuk melupakan perasaan itu.

#4 Buka Hati Untuk Terima Orang Lain

Foto: Pexels

Lupakan perasaan itu dan cuba beri peluang kepada orang lain yang lebih layak untuk mengenali hati anda.

Dengan langkah ini, ia membantu anda untuk melupakan perasaan terlarang itu dan membantu anda untuk menemui cinta sejati.

Tapi sebelum anda membuka hati kepada orang lain, selidik dulu latar belakang individu itu dan statusnya agar perkara yang sama tidak berulang kembali.

Kesimpulannya, jatuh cinta tidak salah, tapi yang salah adalah jatuh cinta kepada seseorang yang telah dimiliki.

Sekiranya anda masih lagi tidak boleh move on daripada perasaan itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat yang sebaiknya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Sedap Mulut Kerana Geram” – Ustaz Kazim Tegur Trend Gelar Wanita Kahwin Suami Orang Penyondol

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

9 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

10 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

11 hours ago