Padah Ringan Tangan, Abang Sado Baju Merah Dipenjara 9 Hari Kerana Tampar Pelayan Restoran Pula

Seorang penyelia kilang yang baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan menunjal kepala seorang wanita yang tular baru-baru ini sekali lagi dijatuhi hukum penjara.

Mahkamah Majistret Cameron Highlands hari ini (16 Jun) menjatuhkan hukuman sembilan hari penjara dan denda RM2,000 selepas tertuduh mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada dua pelayan restoran pada awal Jun lalu.

Tertuduh Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Qasiratuljannag Usmami Othman.

Tuduhan pertama: sengaja menyebabkan kecederaan pelayan restoran warga asing

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan sengaja menyebakan kecederaan kepada pelayan restoran warga asing, Samir Das di sebuah restoran steamboat di Tanah Rata, pada jam 4.20 petang, 4 Jun lalu.

Susulan itu, Mohammad Zaim telah didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tuduhan kedua: sengaja menyebabkan kecederaan seorang lagi pelayan restoran

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi pelayan restoran, V Dennis Pillai, 23, di lokasi dan masa sama serta dihukum mengikut Seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Punitha yang meminta mahkamah memberi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, sementara Mohammad Zaim pula tidak diwakili peguam.

Menangis merayu hukuman paling minimun dikenakan

Sebelum ini, dia menitiskan air mata ketika merayu agar hukuman denda paling minimum dikenakan memandangkan dia perlu menanggung isteri sarat mengandung selain seorang anak kecil serta membiayai kos rawatan ibunya dengan pendapatan bulanan RM1,500.

Tertuduh juga mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh disabitkan atas kedua-dua kesalahan.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara sembilan hari dari tarikh tangkapan iaitu semalam dan denda berjumlah RM1,000.

Mahkamah bagaimanapun menetap kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.

Tular video lelaki baju merah tunjal kepala wanita

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki berbaju merah yang menunjul kepala seorang pemandu kereta selain mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Tunjal Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Sudah Ditahan Polis

Selang beberapa hari kemudian, seorang wanita pula membuat pendedahan melihat individu yang sama pernah menampar pekerja di sebuah restoran di Cameron Highland.

Jelas wanita tersebut, mereka sekeluarga terlihat lelaki berkenaan menampar pekerja itu namun enggan campur tangan pada awalnya kerana beranggapan terdapat masalah antara mereka.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Lelaki Tunjal Kepala Wanita Pernah Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highlands [Video]

Susulan tindakannya yang tular, dia telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan mangsa secara jenayah dengan kata ugutan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago