fbpx
Now Reading
Individu Dakwa Lelaki Tunjal Kepala Wanita Pernah Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highlands [Video]

Individu Dakwa Lelaki Tunjal Kepala Wanita Pernah Tampar Pekerja Restoran Di Cameron Highlands [Video]

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pekerja restoran berkenaan, dia telah ditampar oleh lelaki berkenaan sebanyak empat kali manakala rakan sekerja dua kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan tindakan seorang lelaki yang memukul kepala seorang pemandu wanita.

Dalam video berkenaan kelihatan lelaki itu pada awalnya mengetuk cermin kereta serta mengeluarkan kata kesat kepada pemandu terbabit sebelum bertindak menolak kepala wanita tersebut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika kedua-dua individu itu dalam perjalanan dari Cameron Highland menuju ke Tapah, Perak.

Susulan dari penular video tersebut, lelaki itu kemudian telah ditahan oleh pihak polis pada 6 Jun lalu sebaik sahaja laporan dibuat oleh pemandu wanita berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Tunjal Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Sudah Ditahan Polis

Wanita dakwa lelaki tular tunjal kepala pernah tampar pekerja restoran

Terbaharu, seorang wanita mendakwa lelaki yang sama juga pernah menampar pekerja sebuah restoran di Cameron Highland.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Puthreess di TikTok miliknya, ketika itu dia bersama keluarga sedang berkunjung ke sebuah restoran steamboat di Tanah Rata, Cameron Highland.

Jelas wanita tersebut, mereka sekeluarga terlihat lelaki berkenaan menampar pekerja itu namun enggan campur tangan pada awalnya kerana beranggapan terdapat masalah antara mereka.

Tampar pekerja restoran berkali-kali

Namun ketika ingin membuat pembayaran lelaki berkenaan sekali lagi naik berang sebelum bertindak melempar makanan dan penampar pekerja restoran terbabit berkali-kali.

Tidak tahan melihat insiden tersebut, mereka kemudian meminta lelaki terbabit untuk berhenti selain menyatakan mahu menjamu selera dalam keadaan tenang.

Wanita maklum ingin hubungi polis sebelum lelaki beredar dari restoran

Mereka kemudian memaklumkan ingin menghubungi polis sebelum lelaki itu meminta untuk tidak campur tangan urusannya.

Salah seorang ahli keluarga Puthreess kemudian berdepan dengan lelaki tersebut sebelum dia beredar dari restoran berkenaan.

Insiden berlaku pada 4 Jun

Dalam video lain yang dimuat naik, Puthreess turut memaklumkan kejadian itu berlaku pada 4 Jun lalu.

Menurutnya pekerja restoran memaklumkan, amukan lelaki tersebut adalah disebabkan makanan yang lambat sampai.

Pekerja ucap terima kasih kerana menyebelahi mereka

Melihat di ruangan komen, pekerja di restoran berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada wanita itu dan keluarganya kerana telah cuba untuk menyebelahi mereka.

Puthrees turut memaklumkan bahawa dia dan pekerja restoran berkenaan telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Menerusi laporan dibuat pekerja lelaki itu, ketika insiden berlaku rakan sekerjanya telah ditampar sebanyak dua kali manakala dirinya empat kali oleh lelaki berkenaan.

@cadar_puterichantique

Replying to @🔺 🌜🕯️💪🕯️ 🚩📧🔊♨️🦐 🔻

♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.