Peperangan yang berlaku di Palestin dan Israel kini menjadi perhatian orang ramai di seluruh dunia.
Malah, masyarakat Malaysia termasuklah golongan berpengaruh dan selebriti seperti Khairul Aming, Mira Filzah, Daiyan Trisha, Vivy Yusof juga mula menyebarkan kesedaran tentang isu ini di platform media sosial mereka.
Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin
Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan
Namun, akaun milik sesetengah pihak yang cuba berkongsi tentang isu Palestin ini dikatakan telah disekat oleh pihak pengurusan platform media sosial. Lebih teruk lagi, ada akaun yang telah dipadam hanya kerana berbuat demikian.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara Hazeman Huzir di laman TikTok miliknya (@hazemanhuzir), Hazeman dilihat melakukan siaran ‘live’ bersama Heliza Helmi serta Hazwani Helmi dan membincangkan tentang sekatan di media sosial berkaitan Palestin.
Susulan itu, Hazeman berkongsi beberapa tips kepada orang ramai bagi mengelakkan akaun media sosial disekat oleh kerana perkongsian berkaitan Palestin.
Antara tips tersebut adalah:
Perkara ini penting untuk dilakukan bagi mengelakkan sistem media sosial mengenalpasti jika seseorang itu sedang memberi fokus atau perhatian terhadap isu Palestin yang sedang berlaku.
Kalau anda mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Palestin, lebih baik untuk menulisnya di dalam aplikasi ‘Notes’ dalam telefon masing-masing terlebih dahulu.
Kemudian, screenshot kenyataan anda itu dan muat naik gambar tersebut di media sosial.
Kami percaya ini kerana tidak semua aplikasi mampu mengesan perkataan atau teks yang terkandung di dalam gambar.
Jika anda mahu mengeja perkataan Palestin dan Israel, elakkan dari menulisnya dengan ejaan yang betul. Sebaliknya, ejaan yang salah itu boleh ditulis seperti P4l3sT1n atau 1sr43l bagi mengelakkan sistem media sosial mengesan perkongsian anda.
Selain itu, tips keempat ini yang dikongsikan oleh Heliza dan Hazwani adalah untuk memati dan menghidupkan semula (restart) telefon bimbit anda sekiranya aplikasi media sosial terbabit tidak dapat dibuka.
Dana sumbangan yang dikutip secara atas talian menerusi pautan juga merupakan salah satu cara masyarakat mahu membantu rakyat Palestin.
Namun, pautan sumbangan yang dimasukkan dalam feature link seperti di Instagram yang dilakukan secara kerap dalam tempoh 24 jam akan membuatkan profile anda dikesan.
Menurut Hazeman, Instagram tidak mahu pengguna mereka untuk keluar dari platform tersebut.
Jadi, caranya adalah anda meletakkan pautan dana sumbangan di bahagian bio pada profile masing-masing.
Salah satu cara lain adalah dengan mengaktifkan tetapan ‘Sensitive Content’ di akaun Instagram anda.
Caranya adalah seperti berikut:
Siap!
Semoga tips-tips yang dikongsikan ini membantu anda semua untuk terus berkongsi tentang isu yang berlaku di Palestin.
Hanya kerana kerap berkongsi tentang isu Palestin, akaun TikTok milik selebriti dan juga usahawan produk makanan Absolut Chocolat iaitu Nadiyah Shahab telah dipadam dari platform berkenaan.
Tambah Nadiyah, dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan semula akaun yang mempunyai pengikut melebihi 400,000 ribu itu. Walau bagaimanapun, usahanya dikatakan sia-sia selepas segala hantaran telah hilang.
“Bye 400k followers dan jutaan views,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story (@nadiyah.shahab).
Dia juga berkata bahawa platform media sosial yang memiliki ratusan ribu pengikut itu boleh memberikan banyak manfaat dalam menyebarkan kesedaran tentang konflik antara Palestin dan Israel yang berlaku pada masa ini.
Artikel Berkaitan: “Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin
Artikel Berkaitan: Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…