fbpx
Now Reading
6 Cara Ini Boleh ‘Selamatkan’ Akaun Media Sosial Anda Dari Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin
tips elak akaun media sosial disekat kerana isu palestin

6 Cara Ini Boleh ‘Selamatkan’ Akaun Media Sosial Anda Dari Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin

Akaun milik sesetengah pihak yang cuba berkongsi tentang isu Palestin ini dikatakan telah disekat oleh pihak pengurusan platform media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peperangan yang berlaku di Palestin dan Israel kini menjadi perhatian orang ramai di seluruh dunia.

Malah, masyarakat Malaysia termasuklah golongan berpengaruh dan selebriti seperti Khairul AmingMira FilzahDaiyan TrishaVivy Yusof juga mula menyebarkan kesedaran tentang isu ini di platform media sosial mereka.

Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Opportunist’ Selepas Keluarkan Semula Koleksi ‘dUCk Palestine’, Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan

Namun, akaun milik sesetengah pihak yang cuba berkongsi tentang isu Palestin ini dikatakan telah disekat oleh pihak pengurusan platform media sosial. Lebih teruk lagi, ada akaun yang telah dipadam hanya kerana berbuat demikian.


Ini Cara Untuk Elak Akaun Media Sosial Disekat Kerana Kongsi Isu Palestin

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara Hazeman Huzir di laman TikTok miliknya (@hazemanhuzir), Hazeman dilihat melakukan siaran ‘live’ bersama Heliza Helmi serta Hazwani Helmi dan membincangkan tentang sekatan di media sosial berkaitan Palestin.

Susulan itu, Hazeman berkongsi beberapa tips kepada orang ramai bagi mengelakkan akaun media sosial disekat oleh kerana perkongsian berkaitan Palestin.

Antara tips tersebut adalah:

#1. Selang-selikan Hantaran Berkaitan Palestin Dengan Perkara Lain

Perkara ini penting untuk dilakukan bagi mengelakkan sistem media sosial mengenalpasti jika seseorang itu sedang memberi fokus atau perhatian terhadap isu Palestin yang sedang berlaku.

#2. Tulis Perkongsian Anda Di Aplikasi ‘Notes’ Di Telefon Dan Screenshot Sebelum Dimuat Naik Di Media Sosial

Kalau anda mahu mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Palestin, lebih baik untuk menulisnya di dalam aplikasi ‘Notes’ dalam telefon masing-masing terlebih dahulu.

Kemudian, screenshot kenyataan anda itu dan muat naik gambar tersebut di media sosial.

Kami percaya ini kerana tidak semua aplikasi mampu mengesan perkataan atau teks yang terkandung di dalam gambar.

#3. Tulis Mengikut Ejaan Yang Salah

Jika anda mahu mengeja perkataan Palestin dan Israel, elakkan dari menulisnya dengan ejaan yang betul. Sebaliknya, ejaan yang salah itu boleh ditulis seperti P4l3sT1n atau 1sr43l bagi mengelakkan sistem media sosial mengesan perkongsian anda.

#4. Restart Semula Telefon Jika Aplikasi Media Sosial Tidak Boleh Dibuka

Selain itu, tips keempat ini yang dikongsikan oleh Heliza dan Hazwani adalah untuk memati dan menghidupkan semula (restart) telefon bimbit anda sekiranya aplikasi media sosial terbabit tidak dapat dibuka.

#5. Letak Link Sumbangan Di Bahagian Bio Media Sosial

Dana sumbangan yang dikutip secara atas talian menerusi pautan juga merupakan salah satu cara masyarakat mahu membantu rakyat Palestin.

Namun, pautan sumbangan yang dimasukkan dalam feature link seperti di Instagram yang dilakukan secara kerap dalam tempoh 24 jam akan membuatkan profile anda dikesan.

Menurut Hazeman, Instagram tidak mahu pengguna mereka untuk keluar dari platform tersebut.

Jadi, caranya adalah anda meletakkan pautan dana sumbangan di bahagian bio pada profile masing-masing.

#6. Aktifkan Tetapan ‘Sensitive Content’

Salah satu cara lain adalah dengan mengaktifkan tetapan ‘Sensitive Content’ di akaun Instagram anda.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Pergi ke profile Instagram anda.
  • Klik pada ikon tiga garisan di bahagian atas sebelah kanan.
  • Klik Settings and privacy.
  • Klik pada Suggested Content
  • Klik pada Sensitive content.
  • Tekan butang More.

Siap!

Semoga tips-tips yang dikongsikan ini membantu anda semua untuk terus berkongsi tentang isu yang berlaku di Palestin.

Akaun TikTok Selebriti Nadiyah Shahab Dipadam Kerana Hantaran Tentang Isu Palestin

Hanya kerana kerap berkongsi tentang isu Palestin, akaun TikTok milik selebriti dan juga usahawan produk makanan Absolut Chocolat iaitu Nadiyah Shahab telah dipadam dari platform berkenaan.

Tambah Nadiyah, dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan semula akaun yang mempunyai pengikut melebihi 400,000 ribu itu. Walau bagaimanapun, usahanya dikatakan sia-sia selepas segala hantaran telah hilang.

“Bye 400k followers dan jutaan views,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story (@nadiyah.shahab).

Dia juga berkata bahawa platform media sosial yang memiliki ratusan ribu pengikut itu boleh memberikan banyak manfaat dalam menyebarkan kesedaran tentang konflik antara Palestin dan Israel yang berlaku pada masa ini.

Artikel Berkaitan: “Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin

Artikel Berkaitan: Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.