Bukan Sebut ‘Atok Nenek, Cucu Tumpang Kencing’, Lelaki Ini Ajar Cara Buang Air Kecil Dalam Hutan [Video]

Antara amalan atau pesanan yang popular dalam masyarakat dahulu adalah meminta izin kepada jin apabila berada di satu kawasan seperti di dalam hutan.

Seperti zaman kanak-kanak dulu, sering kali terdengar ayat meminta izin seperti ‘Tok nenek, cucu minta izin untuk lalu’. Jika ingin buang air kecil dalam hutan pun akan diajar untuk menyebut lafaz yang sama.

Bagaimanapun, amalan tersebut sebenarnya dilarang di dalam Islam kerana ia seolah-olah cuba meminta perlindungan jin dan bukannya daripada Allah SWT.

Susulan itu, seorang lelaki yang sering memuat naik video tips semasa berada di dalam hutan telah menunjukan cara yang betul untuk membuang air kecil.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @tuan_hutan, lelaki tersebut turut berkongsi beberapa larangan kencing di dalam hutan.

Cara betul buang air kecil dalam hutan

Menurutnya, cara yang betul adalah dengan membuang air kecil pada batu-batu yang ada di dalam hutan berdekatan dengan sungai.

Namun, sekiranya berada di tengah-tengah hutan yang tiada sungai, buat lubang kecil pada tanah untuk melepaskan ‘hajat’ tersebut dan menutupnya semula setelah selesai.

“Kencing di batu-batu, jangan terus di air. Kalau di tengah-tengah hutan. Buat lah lubang sikit untuk kencing lepas itu kambus balik,” katanya.

Tempat-tempat yang dilarang untuk kencing dalam hutan

Menurutnya lagi, jangan buang air kecil semasa berada di dalam sungai kerana bakteria-bakteria yang ada pada air tersebut boleh masuk ke dalam kemaluan melalui saluran kencing.

Dia turut melarang untuk membuang air kecil di perdu pokok iaitu kawasan pangkal pokok yang berdekatan dengan akar.

“Jangan kencing dekat lubang-lubang, terutamanya lubang yang ada binatang dan seterusnya kalau nampak laluan semut, jangan lah kencing, aniaya nanti,” katanya lagi.

@tuan_hutan

Part 2 : Ini adalah satu disiplin untuk membuang air kecil dan besar didalam hutan. Semoga bermanfaat #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #ilmuhutan #hikingtiktok #tenteradarat #sniper #picnictiktok #kakikencing #berkelah

♬ original sound – TUAN HUTAN – TUAN HUTAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berterima kasih dan suka dengan perkongsian ilmu di dalam hutan yang diajarkan oleh lelaki tersebut.

Malah, mereka turut bersetuju dengan pendapat bahawa meminta izin dengan menyebut ‘atok nenek’ adalah sesuatu amalan yang salah.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

15 hours ago