Umum mengetahui bantuan pernafasan seperti CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation kebiasaannya diberikan kepada individu yang tidak boleh bernafas, lemas dan sebagainya.
Teknik ini digunakan untuk membantu mangsa mendapatkan bantuan oksigen sementara menunggu bantuan daripada hospital.
Walau bagaimanapun teknik ini mempunyai perbezaan mengikut umur. Ini kerana golongan dewasa, kanak-kanak dan bayi mempunyai struktur fisiologi serta tulang yang berbeza.
Sebagai contoh kanak-kanak dan bayi mempunyai struktur tulang lebih lembut dari orang dewasa. Justeru jika anda melakukan teknik CPR yang salah kepada bayi ia mungkin boleh menyebabkan berlaku kecederaan dalaman dan sebagainya.
Bukan hanya itu kanak-kanak dan bayi lebih fleksibel dan mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil serta lidah yang lebih panjang berbanding dengan saiz mulut mereka.
Ini menyebabkan ada yang takut untuk membuat CPR kepada bayi atau kanak-kanak contohnya sewaktu kecemasan.
Seperti baru-baru ini pula, tular video seorang bayi yang lemas selepas kenderaan dinaikinya terhumban dalam takung air di sebelah lebuh raya LPT namun berdepan kesukaran mencari individu yang mahir membuat CPR.
Oleh itu, pada artikel ini kami ingin menerangkan bagaimana cara untuk melakukan CPR kepada bayi.
Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan:
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah pastikan bayi berada pada persekitaran yang selamat.
Periksa keadaan bayi dalam masa 10 saat untuk melihat adakah ia memberi tindak balas dengan mengerakkan lengan atau menepuk tapak kaki bayi.
Bayi yang bertindak balas akan membuka mata, menangis, atau mengeluarkan bunyi atau bergerak.
Sekiranya bayi memberi respon anda perlu membuat pemeriksaan secara berkala namun jika tidak ia perlu diteruskan dengan langkah-langkah CPR.
Sementara itu, anda perlu meminta pertolongan dengan menjerit “Tolong! Tolong! Hubungi 999!”
Namun sekiranya anda mempunyai individu bersama anda, minta mereka menghubungi 999 dengan segera untuk dapatkan bantuan.
Tetapi jika anda tidak ditemani sesiapa, anda boleh mulakan dengan CPR selama satu minit sebelum mendapatkan bantuan di talian 999.
Cara-cara untuk memberikan pernafasan:
Buat pemeriksaan untuk pastikan bayi bernafas dalam tempoh 10 saat dengan menggunakan teknik ‘lihat, dengar dan rasa’.
Dekatkan muka pada muka bayi sambil melihat ke arah dada.
Sekiranya mangsa bernafas:
Namun sekiranya bayi tidak bernafas. Berikan lima kali bantuan pernafasan dan sentiasa bersama bayi untuk periksa sama ada pernafasan kekal normal secara berkala.
Berikut adalah cara untuk memberikan bantuan pernafasan kepada bayi:
Lihat keadaan si comel sekiranya dia memberikan sebarang tindak balas seperti pegerakkan, batuk atau bernafas.
Sekiranya ia memberikan tanda-tanda masih hidup, teruskan memberi bantuan pernafasan sehingga dia boleh bernafas sendiri.
Letakkan mangsa pada keadaan pemulihan iaitu mengiring serta buat permeriksaan secara berkala.
Namun jika bayi tidak memberi sebarang respon atau tanda-tanda hidup mulakan tekan dada.
Cara untuk membuat tekan dada (sternum) pada bayi adalah:
Anda boleh meneruskan CPR kecuali jika bayi tidak bertindak balas atau menunjukkan tanda masih hidup, bantuan perubatan telah tiba atau anda berasa keletihan.
Sekiranya bayi sudah boleh bernafas namun belum sedarkan diri letakkannya dalam posisi pemulihan.
Rujuk video di bawah:
Teknik bantuan CPR kepada kanak-kanak dan juga dewasa turut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu laman di sini.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…