Ini Ibadah Untuk Memburu Malam Lailatul Qadar

Dalam tidak sedar, kita sudah menghampiri satu pertiga bulan Ramadan yang penuh berkah. Ini bermakna kita tinggal kurang dari dua minggu sebelum memasuki 10 malam terakhir.

Setiap umat Islam pasti tahu bahawa salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadan merupakan malam yang amat istimewa, yakni Lailatul Qadar.

Seorang penulis, SA Malik telah berkongsi di laman X (@simonmalik_), kebarangkalian untuk seseorang ‘bertemu’ dengan malam Lailatul Qadar adalah rendah jika ibadah hanya tertumpu pada satu hari yang khusus sahaja.

Namun, jika ibadah dilakukan setiap malam, tidak mustahil untuk kita mencapai malam itu dengan keizinanNya.

Dia telah berkongsi beberapa tips yang diamalkannya bagi mendapatkan ganjaran malam Lailatul Qadar.

#1 Baca al-Quran Setelah Solat Maghrib

Amalan pertama yang dikongsikannya adalah membaca satu muka surat al-Quran setiap hari setelah menunaikan solat Maghrib dan sementara menunggu waktu Isyak.

Katanya, ibadah ini sesuai dilakukan di masjid jika berbuka puasa di sana kerana suasana ibadah.

Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata alif lam mim itu satu huruf akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.

Sumber: Pexels

#2 Derma RM1 Setiap Hari

Tambahnya juga, setiap kali apabila tiba di masjid atau surau untuk menjalankan solat sunat tarawih, berikan derma sebanyak RM1.

Walaupun nilai itu kelihatan kecil, namun jika dilakukan secara konsisten, seseorang muslim akan menerima pahala bagi 1,000 bulan.

Bagi yang tidak dapat ke masjid, sedekah juga boleh dilakukan menerusi pelbagai platform dalam talian.

Sumber: Pexels

#3 Membaca Doa Lailatul Qadar

Satu lagi tips yang dikongsi oleh Malik adalah sering membaca doa Lailatul Qadar.

Satu hadis daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan”. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.

Malik turut mengingatkan bahawa doa tidak semestinya dibaca dalam bahasa Arab. Malah dia mencadangkan ianya diamalkan selepas solat Maghrib dan diulang setiap kali berkesempatan.

Sumber: Pexels

#4 Tak Tinggal Solat Tarawih

Tarawih merupakan solat sunat yang hanya dapat dijalankan dalam bulan Ramadan. Oleh itu, amat sayang sekali jika ia ditinggalkan.

Lebih elok jika dilakukan secara berjemaah di surau atau masjid, tetapi tidak salah juga jika dilakukan di rumah.

#5 Tunaikan Solat Witir Dengan Imam

Setelah menunaikan solat sunat tarawih, ia akan disudahi dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat. Solat witir yang ditunaikan bersama-sama imam akan diberi ganjaran seperti qiamullail semalaman.

Jika jemaah menunaikan solat sunat tarawih 20 rakaat dan anda hanya larat untuk menunaikan sehingga lapan rakaat, boleh lakukan ibadah lain seperti membaca al-Quran dan berzikir sementara menunggu waktu untuk witir.

Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Petaling

#6 Sentiasa Berdoa

Selain itu, banyakkan berdoa kepada Allah SWT dan meminta apa sahaja yang diinginkan.

Selain daripada berdoa untuk diri sendiri, titipkan juga doa untuk keluarga, sahabat andai mahupun orang yang tidak dikenali.

Malik turut berkongsi doa kegemarannya, “Ya Allah, kau letakkanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku”.

#7 Bangun Qiamullail

Daripada Aishah RA telah berkata: “Bahawa Rasulullah ﷺ apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)”.

Qiamullail yang bermaksud ‘bangun pada waktu malam’ merupakan satu amalan sunat yang biasanya dilakukan pada dua pertiga malam.

Solat yang biasa ditunaikan ketika qiamullail adalah Tahajjud, Taubat, Hajat, Tasbih sebelum diakhiri dengan Witir.

Malik memberi nasihat agar tidak makan terlalu banyak sewaktu moreh dan tidur awal agar senang bangun awal pagi untuk menunaikan ibadah sunat ini.

Sumber: Pexels

#8 ‘Serah Diri’ Pada Maha Esa

Malik turut berkongsi tips bonus yang diamalkannya iaitu ‘serah diri’ pada salah satu 10 malam terakhir tersebut.

Ketika melakukan perkara tersebut, dia akan iktikaf di masjid atau hadir ke masjid awal pagi.

Malik berkata waktu ini merupakan masa seorang Muslim hanya dengan Allah SWT dan boleh digunakan bagi meluahkan, merintih dan merayu untuk segalanya.

Sumber: Pexels

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

24 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago