“Malaysians Are Wonderful People” – Tular Orang Awam & Mat Salleh Bantu Kutip Tin Atas Jalan [Video]

Tidak disangkal lagi, kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya pantas dalam menghulurkan bantuan terhadap orang lain meskipun saling tidak mengenali.

Lihat sahaja bagaimana jika ada kenderaan rosak atau tayar pancit di tengah jalan, pasti ada sahaja yang berhenti untuk memberi bantuan.

Selain rakyat Malaysia, warga asing yang datang ke negara ini untuk bekerja atau melancong juga terkadang ada yang bersifat sedemikian.

Tular video pelancong asing bantu warga emas kutip tin atas jalan

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang pelancong asing atau ‘Mat Salleh’ yang dikenali sebagai Max McFarlin membantu seorang lelaki warga emas mengutip tin kosong yang bertaburan atas jalan raya.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya @dailymax1993, McFarlin yang juga seorang vlogger makanan itu pada awalnya dalam perjalanan menaiki LRT dari stesen Kampung Baru menuju ke stesen Pasar Seni.

Mat Salleh simpati warga emas ingin kutip tin bertaburan atas jalan

Bagaimanapun, sebaik sahaja McFarlin keluar daripada stesen LRT Pasar Seni, dia melihat warga emas terbabit sedang mengutip puluhan tin kosong yang bertaburan di atas jalan raya.

Menurutnya, tin tersebut terjatuh selepas beg yang digunakan untuk mengisi kesemua aluminium berkenaan terkoyak.

“Saya berasa kesian dekat dia, dia kutip semua tin. Bagnya koyak menyebabkan semua tin terjatuh. Saya akan cuba membantunya untuk membersihkan tin ini,” katanya.

Ramai rakyat Malaysia tanpa kira status datang membantu

Apa yang lebih mengharukan, selain McFarlin, kelihatan juga beberapa orang awam yang berada di kawasan terbabit turut membantu mengutip kesemua tin berkenaan.

Tidak kira latar belakang dan status, semuanya turun membantu. Malah ada juga yang membawa peralatan untuk memudah dan mempercepatkan lagi proses pengutipan tin di atas jalan itu.

Sementara itu, McFarlin berkata dia terkesan dengan situasi sebegitu kerana memahami apa yang sedang dilakukan oleh warga emas terbabit terhadap tin-tin yang dikumpulnya itu.

Dia turut mendedahkan bahawa dia dan bapanya juga pernah mengutip tin kosong untuk dijual demi meraih wang.

“Jadi saya faham apa yang lelaki tersebut sedang buat, dia hanya dapat sedikit duit daripada penjualan tin dan bila awak nampak perkara sedemikian berlaku, awak patut membantu sebab tak ramai orang sanggup melakukan pekerjaan sebegitu,” katanya lagi.

Netizen puji McFarlin dan orang awam yang sudi bantu kutip tin warga emas itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan McFarlin yang cepat memberi pertolongan terhadap warga emas terbabit.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga berasa sebak melihat semangat saling bantu membantu yang ditunjukkan rakyat Malaysia apabila melihat orang lain dalam kesusahan.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago