Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan solat Tarawih.
Meskipun solat Tarawih adalah sunat tetapi Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang melakukannya.
Oleh itu, ramai yang membawa keluarga serta rakan-rakan untuk bersama-sama menunaikan solat Tarawih.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang mempunyai kekurangan fizikal sedang menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di sebuah masjid di Pulau Pinang sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @syuk_abuhassan, kelihatan lelaki yang sedang menunaikan solat Tarawih itu mempunyai kekurangan fizikal pada bahagian badan dan kaki di mana dia tidak boleh berdiri dengan tegak.
Malah dia kelihatan seperti tidak dapat melakukan pergerakan yang banyak. Namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya dilihat melakukan solat sunat itu sebanyak 21 rakaat (mungkin termasuk witir).
Keadaan itu secara tidak langsung membuatkan Syuk tersentuh yang ketika itu sedang beriktikaf di masjid sambil menunggu rakannya selesai solat Tarawih.
Malah keadaan itu membuatkan Syuk faham sebagai umat Islam kita tidak mendirikan solat kerana keperibadian yang baik sebaliknya kerana kita semua adalah hamba kepada Allah SWT.
“Malam ni aku buat lapan rakaat saja Tarawih tapi datang dengan kawan dia nak sambung jadi aku cakap aku tunggu dekat belakang lah lepas witir aku relax la sekejap iktikaf dalam masjid, aircond pun sedap, karpet tebal jadi lepas witir aku duduk dan ternampak seorang hamba Allah ini.
“Masyaallah dan keadaan ‘begini’ dia tetap solat malah dia buat 21 wei sampai habis. Kita yang acah sempurna ni solat pun malas, kalau solat pun dah hujung waktu.
“Pakcik ini datang dengan cucunya aku rasa sebab habis solat budak kecil datang dan pegang tangan jalan keluar,” ujarnya di ruang kapsyen.
Menurut Syuk, lelaki berkenaan mungkin seusia dengan umur kebanyakan bapa di luar sana sekitar 50 ke 60 tahun.
Kata Syuk, dia memerhatikan lelaki berkenaan sehinggalah pakcik itu selesai menunaikan solatnya dan turut menangis mungkin kerana sebak melihat semangatnya.
“Aku pandang je dari dia habis solat sampai jalan keluar, macam mana dia berdiri masa solat macam tu lah dia jalan, perlahan je sambil senyum. Masa aku pandang tu leleh juga air mata.
“Ingat sahabat, Allah itu tidak pandang siapa atau apa level kita. Allah itu Maha Adil dan Allah juga Maha Melihat yang baik kita ambil jadikan pedoman.”
Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak dengan kesungguhan pakcik tersebut.
Malah ada menyifatkan tidak ada alasan bagi individu yang mempunyai fizikal sempurna untuk tidak solat dan mereka patut berasa malu.
Orang ramai dalam masa sama turut mendoakan agar pakcik itu diberikan ganjaran syurga dan dikurniakan tubuh badan yang sihat.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…