fbpx
Now Reading
Kekurangan Fizikal Tak Halang Lelaki Solat Tarawih 20 Rakaat [Video]

Kekurangan Fizikal Tak Halang Lelaki Solat Tarawih 20 Rakaat [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan pakcik tersebut membongkok disebabkan keadaan fizikalnya namun dia tetap menunaikan ibadah solat sunat Tarawih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan solat Tarawih.

Meskipun solat Tarawih adalah sunat tetapi Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang melakukannya.

Oleh itu, ramai yang membawa keluarga serta rakan-rakan untuk bersama-sama menunaikan solat Tarawih.

Cacat fizikal tak jadi alasan untuk tunaikan solat Tarawih

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang mempunyai kekurangan fizikal sedang menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di sebuah masjid di Pulau Pinang sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @syuk_abuhassan, kelihatan lelaki yang sedang menunaikan solat Tarawih itu mempunyai kekurangan fizikal pada bahagian badan dan kaki di mana dia tidak boleh berdiri dengan tegak.

Mempunyai sedikit kesukaran untuk bergerak banyak

Malah dia kelihatan seperti tidak dapat melakukan pergerakan yang banyak. Namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya dilihat melakukan solat sunat itu sebanyak 21 rakaat (mungkin termasuk witir).

Keadaan itu secara tidak langsung membuatkan Syuk tersentuh yang ketika itu sedang beriktikaf di masjid sambil menunggu rakannya selesai solat Tarawih.

Pakcik buat 20 rakaat solat tarawih

Malah keadaan itu membuatkan Syuk faham sebagai umat Islam kita tidak mendirikan solat kerana keperibadian yang baik sebaliknya kerana kita semua adalah hamba kepada Allah SWT.

“Malam ni aku buat lapan rakaat saja Tarawih tapi datang dengan kawan dia nak sambung jadi aku cakap aku tunggu dekat belakang lah lepas witir aku relax la sekejap iktikaf dalam masjid, aircond pun sedap, karpet tebal jadi lepas witir aku duduk dan ternampak seorang hamba Allah ini.

“Masyaallah dan keadaan ‘begini’ dia tetap solat malah dia buat 21 wei sampai habis. Kita yang acah sempurna ni solat pun malas, kalau solat pun dah hujung waktu.

“Pakcik ini datang dengan cucunya aku rasa sebab habis solat budak kecil datang dan pegang tangan jalan keluar,” ujarnya di ruang kapsyen.

Tersentuh lihat kesungguhan pakcik dalam beribadah

Menurut Syuk, lelaki berkenaan mungkin seusia dengan umur kebanyakan bapa di luar sana sekitar 50 ke 60 tahun.

Kata Syuk, dia memerhatikan lelaki berkenaan sehinggalah pakcik itu selesai menunaikan solatnya dan turut menangis mungkin kerana sebak melihat semangatnya.

“Aku pandang je dari dia habis solat sampai jalan keluar, macam mana dia berdiri masa solat macam tu lah dia jalan, perlahan je sambil senyum. Masa aku pandang tu leleh juga air mata.

“Ingat sahabat, Allah itu tidak pandang siapa atau apa level kita. Allah itu Maha Adil dan Allah juga Maha Melihat yang baik kita ambil jadikan pedoman.”

@syuk_abuhassan

“kita solat bukan sebab kita baik, kita solat sebab kita hamba ..” malam ni aku buat 8 saja tarawih tapi datang dengan kawan dia nak sambung so aku cakap aku tunggu kat belakang la lepas witir aku rilek la sat iktikaf dalam masjid, ekon pun sedap karpet tebal 😚 so lepas witir aku duk then aku ternampak sorang hamba Allah ni ☝🏻 masyaAllah 🤲🏻 dalam keadaan ‘begini’ dia tetap solat malah dia buat 21 wei sampai abes . kita yang acah sempurna ni solat pun malas, kalau solat pun dah hujung waktu . pakcik ni datang dengan cucu nya aku rasa sebab abes solat budak kecik datang then pegang tangan jalan keluar . insan hebat ni baya bapak kita dah . dalam linkungan 50-60 macam tu aku rasa . aku pandang je dari dia abes solat sampai jalan keluar . macam mana dia berdiri masa solat macam tu laa dia jalan, slow je sambil senyum . masa aku pandang tu leleh juga la air mata . ingat sahabat, Allah itu tidak pandang siapa atau apa level kita . Allah itu Maha Adil & Allah juga Maha Melihat ☝🏻yang baik kita amik pedoman .. Salam Ramadhan 4 Syuk Abu Hassan #explore #mskr #explorepage #rxzycba #salamramadhan

♬ original sound – Syuk Abu Hassan – Syuk Abu Hassan

Ramai tersentuh dan doa agar pakcik di berikan ganjaran syurga

Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak dengan kesungguhan pakcik tersebut.

Malah ada menyifatkan tidak ada alasan bagi individu yang mempunyai fizikal sempurna untuk tidak solat dan mereka patut berasa malu.

Orang ramai dalam masa sama turut mendoakan agar pakcik itu diberikan ganjaran syurga dan dikurniakan tubuh badan yang sihat.

“Subhanallah semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat”

“Masyaallah, sihatkan lah dan murahkan rezeki bapak ini ya Allah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.