Betul Ke Rasulullah SAW Tak Suka Warna Merah, Jingga & Kuning?

Umat Islam amat dianjurkan mempelajari tentang Rasulullah SAW. Bukan sahaja mengenai sejarah hidup dan ibadah yang dilakukan, tetapi juga termasuk kegemaran dan kesukaan Baginda.

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial tiga warna yang tidak digemari Rasulullah SAW iaitu merah, jingga dan kuning.

Dikatakan bahawa sebab yang menjadikan ketiga-tiga warna ini tidak digemari Baginda adalah kerana ia warna pakaian orang kafir.

Sumber: PU Salman/ Facebook

Umat Islam Boleh Pakai Warna Apa Sahaja

Hari ini (21 Mac), Pencetus Ummah Salman Maskuri membuat satu hantaran di Facebook dan memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Sebenarnya, Imam Nawawi telah menyebut tentang warna pakaian yang boleh dipakai oleh umat Islam:

“Harus pakai baju warna putih, merah, kuning, hijau, berbelang-belang dan warna apa sahaja. Tiada khilaf dan tiada makruh”.

Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Prof Madya Dr Mahyuddin Ismail juga berkata bahawa pakaian dengan ketiga-tiga warna tersebut harus dipakai hukumnya.

Lelaki Dilarang Pakai Baju Dicelup Safron

Sebaliknya, terdapat hadis yang menetapkan bahawa pakaian tertentu diharamkan kepada lelaki bukan kerana warnanya semata-mata, tetapi bahan yang digunakan untuk mengwarnakan pakaian tersebut.

Mazhab Syafie dan Hambali mengharamkan kain yang telah dicelup dengan safron atau bunga kesumba (safflower) yang menjadikannya berwarna kuning atau merah.

Rasullah SAW bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ – أَن يَتَزَعفَرَ الرَّجُلُ

Maksudnya: “Baginda melarang lelaki memakai baju yang dicelup dengan safron”.

Hadis Bukhari Muslim

Imam Ibnu Hajar berkata:

ويجوز لبس الثوب المصبوغ بأي لون كان إلا المزعفر ….وكذا المعصفر

Maksudnya: “Harus pakai warna apa sahaja kecuali kain yang diwarnakan dengan safron dan safflower”.

Warna Digemari Rasulullah SAW

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hadis yang menyatakan warna tidak digemari Rasulullah SAW adalah berstatus dhaif. Sebaliknya, terdapat hadis sahih berkenaan warna yang paling disukai Rasulullah SAW, yakni putih.

Dalam satu hadis riwayat Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ

Maksudnya: “Pakailah kamu pakaian yang berwarna putih kerana ia sebaik-baik pakaian, dan kafankanlah dengan pakaian putih tersebut mayat-mayat kamu.”

Selain putih, Baginda turut amat menggemari warna hijau. Ini adalah berdasarkan riwayat Anas bin Malik:

Maksudnya: “Warna yang paling disukai Rasulullah SAW adalah hijau”.

Hadis Riwayat Muslim

Kesimpulannya, harus memakai pakaian dengan apa juga warna memandangkan rata-rata pakaian kini menggunakan perwarna sintetik dan amat jarang diwarnakan dengan bahan semula jadi seperti safron dan bunga kesumba.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 mins ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

37 mins ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 hour ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 hours ago
  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

5 hours ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

5 hours ago