Tiada Duit & Suami Lari Kahwin Lain, Wanita Bawa 2 Anak Kecil Minta Izin Tidur Di Masjid

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehidupan rumah tangga yang bahagia.

Namun sudah menjadi lumrah setiap rumah tangga itu pasti melalui cabaran dan dugaan tertentu untuk menguji kekuatan hubungan berkenaan.

Wanita dan dua anak ditinggalkan sehelai sepinggang lepas suami kahwin lain

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita ini, apabila ujianya bermula apabila si suami lari berkahwin dengan wanita lain sehingga menyebabkan dia tinggal sehelai sepinggang.

Perkara itu dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Abu Hamizan menerusi Facebooknya.

Kata Abu, selepas selesai menunaikan solat sunat Tarawih dan tadarus pada malam kelmarin (19 Mac) dia terpadang seorang wanita bersama dua orang anak kecik di satu sudut.

Ketika itu di dalam masjid berkenaan hanya tinggal beberapa orang jemaah lelaki yang sedang menunggu waktu untuk qiamulail.

Minta tumpang tidur di masjid, mengaku tak ada duit

Tiba-tiba wanita berkenaan mendekatinya dan bertanya ‘Ustaz boleh saya nak minta izin menumpang tidur di sini (masjid) untu malam ni sahaja’.

Abu kemudian memaklumkan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, dan wanita itu bersama anaknya hanya membawa sehelai selimut sahaja.

Sekadar inginkan kepastian Abu lalu bertanya wanita tersebut dari mana, sebab dia ingin tidur di masjid serta di manakah bapa kepada anak-anaknya?

“Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, kata ibu ini dia baru dihalau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah keluarga. Subhanallah.

“Dia pula tiada tempat untnuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di Selangor. Kemudian saya bertanya kalau esok dah siang akak nak tuju ke mana? Akak ada duit tak untuk beli makanan kepada anak-anak ini?,” soalnya lagi.

Wanita itu menjawab dalam keadaan malu memberitahu dia tidak mempunyai wang. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Abu tidak terkata.

“Allahuakbar di tengah larut malam begitu, agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata. Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar sedang saya mengetahui hal itu. Adakah saya akan berdosa?” ujarnya.

Cuba bantu sekadar yang mampu, wanita minta sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas & makanan

Abu kemudian cuba untuk membantu wanita berkenaan sekadar apa yang termampu. Wanita itu turut meminta izin untuk menggunakan sedikit wang sumbangan untuk membeli tiket bas manakala bakinya untuk membeli makanan.

Dia dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk bersyukur atas setiap nikmat dan rezeki diberikan oleh Allah.

“Doa saya semoga Allah SWT bukakan jalan keluar untuk akak dan anak-anak dari masalah yang dihadapi saat ini.

“Untuk lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, ingatlah tak lambat dan tak cepat balasan Allah itu ada.”

Ramai nak bantu dan doakan urusan wanita itu dipermudahkan

Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan malah menurut Abu ada juga yang mahu menumpangkan homestay mereka buatnya.

Namun Abu tidak dapat memanjangkan bantuan itu kerana tidak dapat mengesan dimanakah keberadaaan wanita terbabit. Nombor telefon juga tidak dapat diambilnya kerana wanita itu memaklumkan telefon bimbitnya rosak.

“Di saat kita susah ada insan yang lebih susah. Allah sedang menguji kita juga”

“Sedihnya.. semoga Allah SWT permudahkan urusan ibu dan anak-anak ni”

Recent Posts

  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

58 seconds ago
  • Trending

“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal ketika…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

2 hours ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

2 hours ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

5 hours ago