fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi 5 Potongan Daging Terbaik Untuk Masak Rendang Sempena Aidilfitri [Video]

Lelaki Kongsi 5 Potongan Daging Terbaik Untuk Masak Rendang Sempena Aidilfitri [Video]

Antara potongan daging terbaik untuk dimasak rendang adalah bahagian Topside.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat sedang berpusu-pusu menyediakan persiapan termasuklah mengemas rumah, membakar biskut raya dan sebagainya.

Malah, jika anda lihat di pasar raya, orang ramai sudah mula memborong barangan masakan untuk dibawa pulang ke kampung halaman seperti potongan daging bagi memasak rendang.

Bagaimanapun, adakah anda tahu bahagian daging lembu manakah paling sedap untuk dimasak sebagai lauk rendang?


5 Potongan Daging Lembu Yang Disyorkan Untuk Masak Rendang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@chefne.ufs) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Chef NE berkongsi bahagian-bahagian daging lembu yang sesuai untuk dimasak rendang sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Buat mereka yang sedang merancang untuk memasak bersama seisi keluarga, take note!

Sumber: Masak Apa Hari Ini?
#1. Tempat Ke-5: Knuckle

Jelas Chef NE, Knuckle merupakan daging lembu yang keras jika dibandingkan dengan bahagian lain. Hal ini kerana bahagian tersebut terletak berdekatan dengan kaki dan urat tendon lembu.

Namun begitu, jika bahagian Knuckle dimasak rendang dengan tempoh masa yang lama sehingga daging lembut, ia akan memberikan pengalaman rasa yang berbeza kepada anda.

Kata lelaki itu, urat-urat yang berada dalam Knuckle mampu menghasilkan kelazatan luar biasa.

Sumber: Butcher Magazine
#2. Tempat Ke-4: Topside

Topside dikatakan antara bahagian daging lembu yang popular dan sering menjadi pilihan utama. Kalau anda nak tahu Topside merupakan potongan daging di bahagian paha yang terdiri dengan urat dan lemak yang banyak.

Malah, ketika Hari Raya, kita boleh lihat ramai individu menggemari rendang daging yang mempunyai lemak-lemak. Katanya ia lebih manis.

Sumber: Eat Great Meat
#3. Tempat Ke-3: Silverside

Untuk info, Silverside adalah bahagian di atas posisi paha. Meskipun ia tidak mempunyai banyak urat dan lemak jika dibandingkan dengan Topside, tetapi kelebihan bahagian ini adalah Silverside terdiri dengan isi daging yang tebal.

Sumber: Great British Meat
#4. Tempat Ke-2: Blade

Tambah Chef NE, dia percaya masih ramai orang di luar sana yang belum pernah mencuba potongan daging Blade. Mengikut cita rasa lelaki itu sendiri, dia mengesyorkan Blade sebagai potongan paling lazat di antara semua.

Menurutnya, Blade terletak di bahagian belakang Chuck iaitu di kawasan bahu depan lembu.

Sumber: Food Fire Friends

Setiap potongan daging yang terletak di bahagian depan bahu mempunyai perisa lebih baik dan beraroma.

Bukan itu sahaja, bahagian berkenaan turut mempunyai sedikit lemak dan urat. Nisbah dua elemen tersebut yang lengkap membuatkan tesktur daging masih lembab walaupun selepas dimasak.

#5. Tempat Pertama: Tenderloin

Ujar Chef NE, bahagian Tenderloin merupakan potongan daging yang paling sesuai dimasak pada 1 Syawal nanti. Sekadar info, potongan jenis itu adalah sedikit mahal daripada bahagian yang lain.

Tenderloin yang terletak di bahagian tulang belakang lembu memiliki tekstur yang empuk dan tinggi dengan kandungan nutrien.

Sumber: Unsplash

Sekiranya anda mempunyai rezeki lebih, tidak salah untuk melaburkan wang untuk potongan daging yang berkualiti itu.

Mungkin ada orang yang cuba kecam. ‘NE mana ada orang buat rendang gunakan Tenderloin sebab ia bahagian yang lembut’. Guys, dalam dunia kulinari ia tidak mengehadkan sesuatu perkara.

Chef NE.
@chefne.ufs

Replying to @shabob79 TOP 5 BAHAGIAN DAGING FROZEN YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM PEMBIKINAN RENDANG 🤓 #rendang #raya #aidilfitri #daging

♬ bunyi asal – uNiCoRn And Franz – uNiCoRn

Resepi Rendang Tok Daging

Kepada mereka yang baru pertama kali ingin mencuba masak rendang daging, sudah pasti anda berasa buntu dan tidak tahu resepinya.

Namun begitu usah risau, di sini kami kongsikan resepi Rendang Tok Daging oleh content creator masakan, Che Nom.

Sumber: Nasi Lemak Lover

Bahan-bahan:

  • 2 kilogram daging
  • Santan dari 4 biji kelapa
  • 1/2 kilogram bawang merah kecil
  • 12 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 2-3 inci lengkuas
  • 7 batang serai
  • 4 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji jintan putih
  • 2 sudu besar biji jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 5 biji buah keras
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 4-5 sudu besar serbuk cili
  • Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
  • 1/2 senduk gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (optional)
  • 4 sudu besar kerisik
Bahan masakan Rendang Tok Daging

Untuk cara-cara penyediaan yang lebih terperinci, anda boleh layari laman web [DI SINI]. Selamat mencuba!


Resepi Daging Dendeng Khairul Aming

Buat mereka yang ingin mencuba masak Daging Dendeng pula, ikuti sahaja resepi yang dikongsikan oleh influencer Khairul Aming ini. Berikut kami sertakan sekali bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Sumber: TikTok (@khairulaming)

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram daging.
  • Kicap manis.
  • 4 batang serai.
  • Halia (besar ibu jari).
  • 4 biji bawang merah.
  • 6 ulas bawang putih.
  • Segenggam cili kering.
  • 3 helai daun limau purut.
  • Garam, gula, serbuk perasa.
  • 6 cili padi.
  • Air asam jawa (sedikit).

Cara-cara Penyediaan:

  1. Rebuskan daging dalam periuk sehingga ia empuk.
  2. Kemudian hiriskan daging secara nipis, dan tumbuk guna batu lesung agar ia tercarik. Untuk air rebusan daging tadi pula, jangan buang pula kerana ia akan digunakan pada langkah seterusnya.
  3. Gaulkan daging yang siap ditumbuk dengan kicap manis sehingga sebati dan goreng sebentar untuk lebih ‘juicy’.
  4. Kisarkan kesemua bahan (serai, halia, bawang merah, bawang putih, cili kering) dan tumiskan di atas api sehingga pecah minyak.
  5. Selepas itu, tambahkan satu cawan kicap manis ke dalam tumisan bersama limau purut, garam, gula, serbuk perasa, air asam jawa dan daun limau purut yang dicarik.
  6. Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng dan gaulkan sekali dalam kuali. Kemudian, siap sudah menu Daging Dendeng anda.
@khairulaming

Puasa ke-24 : Daging Dendeng. Ini salah satu resepi yang paling ramai orang mintak. Tolong la buat raya nanti sebab rasa dia sedap sangat 😭😭 Untuk menu hari ni aku nak ajak @Firdaus Yasin @Nasi Ayam Mak Chili @fathihussein untuk cuba buat kat rumah. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #inspirasiramadan #bukapuasa okeh 😁

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Baca Artikel Berkaitan: Elak Pilih Yang Berbau Hanyir, Ini 5 Tips Beli Ayam Segar

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Cara ‘Simple’ Untuk Cuci Kerang Dengan Mudah. Senang & Cepat!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.