fbpx

Dulu Jutawan dan Pemain Arsenal, Sekarang Tidur Atas Lantai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selalunya bagi lelaki yang berjaya kita akan cakap, “Disebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita di belakangnya. ” Tak keterlaluan dalam kes Emmanuel Eboue, disebalik kejatuhannya adalah seorang wanita bergelar isteri.

11 tahun yang lalu Emmanuel Eboue, antara pemain Afrika yang paling bagus selain bermain dengan Arsenal. Bermain 7 musim dalam EPL, bayaran berjuta dolar, tinggal dalam rumah agam yang besar serta memandu kereta mewah. Senang cerita, duit tak menjadi masalah langsung buatnya.

Tapi kini keadaannya sangat menyedihkan. Beliau kadang-kadang tidur di atas lantai, menumpang tidur di rumah kawan. Ke sana sini hanya menaiki bas. Paling menyedihkan terpaksa memakai pakaian yang sama berulang kali kerana nak beli mesin basuh pun tak mampu.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Emmanuel Eboue ?

Beliau dah tak boleh bermain bola sepak kerana masalah kesihatan. Itulah sumber pencariannya yang dah hilang. Lebih malang lagi apabila beliau bercerai dengan bekas isterinya, Aurelie. Eboue hilang segalanya kerana beliau kalah dalam perebutan aset dan segalanya kini menjadi milik Aurelie.

Beliau masih tinggal di rumahnya di Anfield. Tetapi bekas isterinya juga mahukan rumah tersebut. Eboue tinggal dalam rumahnya dalam ketakutan.

“Saya tidak ada duit untuk mengupah peguam ataupun ‘barrister’. Setiap hari saya duduk di rumah dalam ketakutan. Saya tak tahu pada bila-bila masa polis akan datang.”

“Kadangkala saya menutup lampu pada malam hari sebab saya tak mahu orang tahu saya ada di dalam. Saya letakkan semua barang di belakang pintu.”

“Itu rumah saya sendiri. Saya bersusah paya membelinya dan kini saya tinggal di dalamnya dengan ketakutan.”

“Saya tidak akan menjual pakaian saya atau apa yang saya miliki sekarang. Saya akan berjuang untuk hak saya sehingga ke akhirnya. Ini tidak adil bagi saya.”

Silapnya satu, beliau memang tak pandai langsung menguruskan wang dan menyerahkan bulat-bulat pada isterinya.

“Ketika di Turki saya menjana pendapatan sekitar €8 juta dan €7 juta saya hantar kepada isteri saya. Apa sahaja yang dia suruh saya tandatangan, saya akan tandatangan.”

“Dia adalah isteri saya. Jadi saya dengar nasihat dia sehingga saya dikenakan tindakan oleh FIFA.”

“Walaupun saya malu untuk berhadapan dengan rakan dan lawan saya dahulu tetapi saya akan atasinya.”

Semoga segalanya dipermudahkan buat Eboue, dan beliau dapat semula hak yang sepatutnya jadi miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.