“AirAsia Sambut Baik Kehadiran Saya”- Neelofa Mula Tugas Di AirAsia Hari Ini

Pengacara popular, Neelofa berkongsi pengalaman hari pertamanya memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Memulakan harinya dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, Neelofa juga sempat beramah mesra dengan ‘keluarga’ barunya itu.

Ditanya mengenai perasaannya ketika pertama kali melibatkan diri dalam EGM AirAsia, Neelofa berkata ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat ‘passionate’ dan kreatif!

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 saya dibuka dengan jayanya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sempat membuat sedikit revisi mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaian diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu.

Neelofa juga kelihatan tenang sepanjang hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Dalam pada itu Neelofa sempat berkongsi perasaan terujanya di laman sosial Twitter miliknya.

Penglibatan Neelofa dalam kumpulan tersebut selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu.

Tony juga menganggap pelantikan Neelofa sebagai salah satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

56 mins ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

1 hour ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX Perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

18 hours ago