fbpx
Now Reading
Dukun Boleh Hamilkan Wanita Kantoi

Dukun Boleh Hamilkan Wanita Kantoi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Guinea,Afrika mengaku dirinya seorang dukun dan membuatkan kira-kira 700 wanita percaya bahawa mereka telah hamil.

Dia bagaimanapun telah ditahan pihak berkuasa setelah rahsianya terbongkar apabila helahnya hanya membuatkan perut menjadi kembung, sekali gus membuatkan mereka percaya bahawa mereka sedang mengandung.

Menurut laporan BBC, dukun tersebut, N’na Fanta Camara, memperdaya wanita yang sukar untuk hamil dengan memberikan mereka ramuan campuran herba dan ubat-ubatan.

Seorang sumber memberitahu, untuk ‘pertolongan’ itu, mangsa dikenakan bayaran berjumlah AS$33 (RM130), sedangkan golongan yang terpedaya itu secara purata mendapat pendapatan hanya AS$48 (RM190) sebulan.

Dia menipu orang ramai hingga mendapat untung ribuan dolar setiap bulan, manakala mangsanya pula menderita akibat kemiskinan dan naik berat badan mendadak.

 “Sudah setahun sejak saya bertemu dengannya untuk mendapatkan ramuan tersebut. Pada awalnya, dia memberi saya ubat-ubatan daun herba yang membuatkan kami muntah.

“Dia bagaimanapun meyakinkan kami bahawa ia selamat dan bagus untuk kesihatan.

“Semakin lama kami minum ramuan itu, perut kami jadi kembung. Kami kemudiannya akan merujuk kepadanya. Dia akan menyentuh perut kami dan mengisytiharkan kami mengandung,” kata seorang mangsa.

Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh doktor, kesan fizikal perut yang disangka hamil itu sebenarnya komplikasi dalaman akibat kandungan ramuan Camara yang memudaratkan.

Ketika disoal siasat oleh polis, Camara mendakwa tujuan utama di sebalik perbiatannya adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Akibat terlalu marah dengan penipuan Camara, 200 wanita berusia antara 17 hingga 45 berkumpul di balai polis tempat ‘dukun’ itu ditahan, demi mendapatkan keadilan.

Kes itu juga sudah tular ke seluruh Afrika dan rantau berdekatan, dengan gambar perut mangsa yang menderita dipamer dan menjadi bualan umum.

Sumber : BBC

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.