fbpx
Now Reading
“Siku, Kaki, Buku Lima Kau Boleh Jamah” – Altimet Dedah Kejadian Semasa AJL23

“Siku, Kaki, Buku Lima Kau Boleh Jamah” – Altimet Dedah Kejadian Semasa AJL23

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang menaikkan kemarahannya pada Ahad lalu di Twitter.

Altimet secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

Pada acara itu, Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Iqram membuat kejutan dengan menari secara spontan di atas pentas semasa Hael Husaini yang muncul sebagai juara AJL32 menyanyikan lagu Jampi pada akhir rancangan.

Difahamkan tindakan Iqram itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

Video yang dimuat naik penonton AJL32 pada malam itu  juga menunjukkan Altimet beredar selepas Iqram naik ke atas pentas.

https://www.youtube.com/watch?v=xDmGAfT7nPw

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.