fbpx
Now Reading
Jay Z Belanja Hampir Setengah Juta Sambut Hari Jadi Rakan

Jay Z Belanja Hampir Setengah Juta Sambut Hari Jadi Rakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penanyi rap Jay Z dilaporkan membelanjakan wang sebanyak AS$110,000 (RM440,000) bagi meraikan hari jadi rakan baiknya di Manhattan, New York pada Ahad lalu.

Page Six melaporkan, Jay, 48, berbelanja besar untuk ulangtahun ke-50, Juan ‘OG’ Perez yang juga ekskutif salah sebuah syarikat miliknya iaitu Roc Nation Sports.

Juan ‘OG’ Perez, rakan baik Jay Z

Turut hadir pada parti mewah itu adalah Emory Jones, Joy Brown dan Desiree Perez.

Jay turut membayar AS$13,000 (RM52,000) untuk makan malam di restoran terkemuka, Zuma selain menghabiskan AS$9,000 (RM36,000) untuk minuman.

Mereka kemudiannya berparti di sebuah kelab dan salah seorang pekerja di situ mendedahkan Jay menghabiskan AS$91,000 (RM364,000).

Bagaimanapun menurut sumber, bil berkenaan tinggi kerana Jay turut membayar untuk semua pengunjung kelab pada malam itu.

Sumber : DailyMail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.