Hadiah Jutaan Dollar AS Yang Diterima Michelle Tidak Disimpan Dalam Rumah Tetapi…

Ketika mempertahankan jumlah keseluruhan barangan mewah dan wang tunai bernilai hampir RM1 bilion yang disita di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menjelaskan bahawa ia adalah hadiah daripada orang kenamaan dari luar negara.

Beliau berkata kepada Malaysiakini dalam temubual eksklusif bahawa ia tidak melanggar undang-undang untuk menerima pemberian berharga.

Najib mendakwa Michelle Obama (gambar) menerima hadiah bernilai jutaan dollar daripada Raja Saudi Abdullah Abdulaziz Al Saud ketika suaminya Barack Obama bergelar presiden Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan tersebut tidak 100 peratus tepat.

Ketika presiden AS atau isteri mereka menerima hadiah daripada orang kenamaan dari luar negara, mereka akan menyerahkan hadiah-hadiah itu kepada Jabatan Negara AS.

Unit Jabatan Protokol Hadiah menerima pemberian diplomatik bagi pihak Rumah Putih dan pegawai rasmi Jabatan Negara, di samping mencatat rekod hadiah tersebut.

“Ini termasuklah semua hadiah yang diterima oleh presiden, naib presiden, setiausaha negara dan pasangan mereka,” kata Jabatan Negara AS pada huraian di laman web mereka.

Pada 2016, Obama menerima hadiah satu set linen bernilai AS$560 (RM2,265) daripada Duta Paraguay dan mangkuk seramik pula bernilai AS$2,000 (RM8,090) oleh gabenor Jepun.

Namun, hadiah yang paling mahal diterima oleh bekas presiden AS itu adalah pada tahun lalu iaitu arca kumpulan Bedouin yang dinamakan “The Small Caravan” daripada Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Ia dicat dengan warna emas dan perak dan dihiasi batuan permata berharga, serta pembuka surat rona perak dengan pemegang Falcon dan pen Chopard yang dianggarkan bernilai AS$56,720 (RM229,432).

Pada 2009, Michelle menerima set perhiasan berlian dan batu delima bernilai AS$132,000 (RM533,940) daripada Raja Saudi Abdullah Abd Al Aziz Al Saud.

Bagaimanapun, Michelle tidak menyimpan barangan perhiasan mewah tersebut di almari rumah atau dalam kotak di bawah katilnya, tetapi ia diserahkan kepada Arkib Luar Negara

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

49 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

2 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago