Kecoh Doktor ‘Promote’ Kondom di IG, Melayu Masih Berfikiran Sempit?

Baru-baru ni, doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin ada muat naik pasal isu kepentingan menggunakan kondom untuk mengelakkan HIV di Instagram.

“Bila sebut tentang seks, mesti semua segan silu atau fikir ‘eh tak sopan la cakap pasal benda ni dekat media sosial.”

Tapi, malangnya pendekatan dan usaha Dr Shazril tak disambut atau diterima baik oleh sesetengah followers dekat Instagram dia. Ada di antara pengikunya yang salah faham dengan main point yang cuba disampaikan.

Sebaliknya, dorang menganggap yang promote kondom ni sama dengan promote seks bebas aka zina. Seorang netizen berkata,

“Islam, tapi sayang cetek ilmu agama. Doktor menggalakkan orang melakukan zina atau persetubuhan haram.”

Dia main sentimen agama pulak! 

Ada juga yang pertikaikan kenapa perlu guna kondom sedangkan kalau dah bernikah, boleh je bersetubuh.

“Bukankah menggalakkan orang berzina? Walhal benda tu (seks) kalau nak buat pergi kahwin je. Kalau tak kahwin memang akan dapat kesan yang kurang elok la macam penyakit ke apa ke. Itu kifarah dari Allah.”

Sumber: Instagram

Admin pun tak faham apa yang dorang salah anggap dengan doktor ni? Sedangkan, kalau dah berumah tangga pun, perlu guna kondom untuk merancang keluarga (family planning).

Warga Twitter kebanyakkannya geram dengan mentaliti sesetengah masyarakat Melayu yang menganggap kondom tu sinonim dengan berzina. Aduyaiii…

“Sedih betul tengok Melayu komen macam ni. Mentaliti sempit, tak fikir pakai otak.”

Sumber: Twitter

Ada juga seorang ibu kepada dua anak kongsi dekat Twitter yang dia sendiri pernah kena jeling waktu nak beli kondom.

“Hello, there is something in this world called family planning. Sumpah melayu memang bodoh.”

Untuk yang kurang faham, wanita tu sebenarnya tujukan ayat ni kepada mereka yang salah anggap dengan usaha Dr Shazril mempromosikan kondom. Masih ramai rakyat kita yang susah untuk mengerti tentang penggunaan kondom.

Kalau guna kondom je, terus dianggap untuk berzina. Walhal, pasangan suami isteri pun boleh guna kondom tu untuk perancangan keluarga. Semua pun sedia maklum ada banyak cara untuk merancang dan antara yang paling famous adalah pil perancang atau kondom. Jadi kenapa samakan kondom dengan perbuatan zina?

Ramai netizen lain yang baca komen netizen dekat IG post Dr Shazril ni turut kecewa dan annoyed dengan sikap segelintir masyarakat yang macam tu. Ada juga yang berpendapat, semua ni terjadi sebab pengaruh tv yang bagi gambaran kondom tu digunakan untuk berzina.

Sumber:LobakMerah.com, Twitter

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

18 hours ago