“Saya Tahu Betapa Pentingnya Farid Dalam Hidup Saya” – Diana Danielle

Pelakon dan isteri kepada Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle percaya setiap cabaran yang dilalui ada hikmahnya. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan rumah tangganya mereka adalah untuk menguatkan hubungan cinta mereka.

Diana menjelaskan bawaha mereka kini menjalani kehidupan yang lebih matang dan menghargai satu sama lain selepas apa yang terjadi.

“Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama.

“Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya.

“Saya terima apa sahaja yang kehidupan lemparkan pada kami sebab kehidupan akan terus berjalan tanpa henti dan akan memberikan pelbagai perkara mendatang untuk kita hadapi. Kalau kita tenang dan percaya Allah, Dia akan bantu kita balik,” kata Diana kepada Gempak.

“Daripada dahulu saya bersyukur dengan jenis-jenis peminat yang ada untuk kami, apa yang saya terima juga sebahagian daripada kasih sayang peminat terhadap Farid.

“Jadi, mereka baik dengan saya pun sebab mereka menghormati, menyayangi dan menyokong Farid sebenarnya.

“Kalau ikutkan kecaman, ada hari-hari saya akan terkesan tetapi saya masih mempunyai sistem sokongan yang kuat misalnya ibu saya,” tambahnya.

Menurut Diana, dia dan Farid Kamil ingin memulakan sesuatu yang baru. Susulan itu, Diana dan Farid bakal menerbitkan filem Rempit 2 yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

“Sudah sampai masanya untuk kami cuba memulakan sesuatu yang baru. Dia lebih baik sekarang dan tahu macam mana nak bercakap dengan perempuan (misalnya). 

“Kalau tak Farid suatu ketika dahulu kedengaran agak kasar jika dia memberikan arahan. Apapun, kami cuba melakukan yang terbaik,” ujar Diana lagi.

Sumber: Awani

Recent Posts

  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

41 mins ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

5 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

19 hours ago